Rabu, 16 November 2011

TERAPI KETAWA

Dr Alvin Chang berkata: Pesakit barah kini digalakkan melakukan terapi ketawa untuk mengurangkan tekanan akibat kesengsaraan menghidapi penyakit itu.

Beliau berkata beberapa kajian mendapati terapi ketawa mampu mengubati penderitaan pesakit kanser kerana ketawa dapat menghalang pertumbuhan sel kanser dalam badan penghidapnya.

"Bila anda membuat seseorang gembira, ia seperti mekanisme semulajadi di dalam badan. Sistem imun akan meningkat. "Sekarang ini ada banyak teori mengatakan, sebab mengapa orang tertentu mengidap jenis kanser tertentu kerana sistem imun tubuh mereka yang lemah akibat hidup tertekan,"

Dr Chang, yang juga doktor sukarela di Yayasan Cancerlink, berkata terapi itu dilakukan oleh pakar bidang ketawa dalam usaha memulihkan pesakit kanser.

Ditubuhkan pada 1986, Yayasan Cancerlink bertujuan memberi sokongan emosi, praktikal dan maklumat kepada pesakit-pesakit kanser serta anggota keluarga dan rakan mereka.

Ketawa dan bergembiralah. Ketawa sebagai ubat memang telah diketahui kemujarabannya. Ketawa juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan dan menghasilkan sel semula jadi yang melindungi tubuh daripada kesakitan dan penyakit kanser.

Apabila kita ketawa, hormon endorfin dihasilkan sekaligus memberikan satu perasaan tenang dan puas. Memang tidak dinafikan lagi mereka yang hidup dalam kegembiraan hidup lebih lama dan sihat daripada mereka yang sentiasa bersedih.

Tiada ulasan: