Isnin, 22 Januari 2018

PENILAIAN DALAM KAUNSELING PERKAHWINAN DAN KELUARGA – Siri 1



Pengenalan

Kebanyakkan Kaunselor dan Terapis kaunseling perkahwinan dan keluarga menggunakan pendekatan sistemik (systemic) apabila memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pasangan dan keluarga.  Pendekatan sistemik bersifat holistik dengan memberi penekanan kepada interaksi kepada penyebab dan kepercayaan yang menjadi pegangan hubungan dan pengaruh dalam setiap ahli keluarga.


Berdasarkan kepada pandangan falsafah ini, penilaian tidak hanya berpaksikan kepada individu semata-mata sebaliknya ia memberi penekanan kepada dinamik atau bentuk yang menjadi penyebab dalam permasalahan pasangan dan keluarga.  Oleh itu, menilai setiap ahli keluarga secara individu adalah tidak konsisten dengan pandangan sistemik.  Kadang-kadang, kaunselor menggunakan alat ujian yang direka bentuk untuk individu, seperti alat ujian personaliti ketika membuat penilaian keluarga dan perkahwinan.  Sebagai contoh, terdapat kaunselor menggunakan Myers-Briggs Type Indicator dalam menilai perbezaan dalam minat dan kecenderungan setiap ahli keluarga.  Penggunaan alat ujian seperti ini agak sukar namun ia tetap dijalankan memandangkan penilaian individu penting dalam konsep ini. Kebanyakkan kaunselor dalam perkahwinan dan keluarga kerap kali tersepit dalam teori sistemik.


Kesukaran Dalam Penilaian Perkahwinan Dan Keluarga

Agak sukar dalam membuat penilaian ke atas keluarga memandangkan setiap ahli keluarga adalah bersifat unik dan tidak dapat dikuantitatifkan. Dengan membuat andaian, terapis dapat mengenalpasti dinamik atau karekteristik sesebuah keluarga, bagaimana kita menentukan permasalahan sekiranya sesebuah keluarga yang berfungsi secara lengkap mempunyai seorang ahli keluarga yang tidak berfungsi (dysfunctional).  Sebagai contoh, kohesi keluarga dan penentuan jumlah kohesi dilihat sebagai sesuai. Tetapi tidak semua ahli teori keluarga dapat membuktikan tahap rendah kohesi keluarga adalah tidak baik manakala tahap tinggi kohesi keluarga sebagai nilai positif dalam sesebuah keluarga.


Model Circumplex Olson (Olson dan DeFrain, 2002) mencadangkan kohesi perlu dilihat dari perspektif curvilinear di mana kedua-dua yang mempunyai sedikit kohesi dan banyak kohesi adalah bermasalah (problematic).  Kesukaran dalam menentukan kefungsian keluarga semakin sukar sekiranya elemen budaya diambil kira.  Perbezaan budaya setiap masyarakat membentuk nilai sesebuah keluarga.  Sebagai contoh, tidak semua budaya dapat menerima secara positif amalan berpoligami dalam keluarga.



Penilaian keluarga merupakan terma yang sangat luas bagi kaunselor yang inginkan kepelbagaian maklumat bergantung kepada masalah dan isu keluarga.  Sebagai contoh, alat untuk tapisan (screening) untuk menentukan sekiranya kaunseling keluarga memerlukan kesesuaian modaliti mungkin berbeza daripada alat ujian dalam mengenalpasti masalah yang berkaitan dalam pasangan suami isteri.  Oleh itu, ia tidak memberikan satu fokus sahaja dalam penilaian keluarga, sebaliknya fokus itu mungkin kepada kepuasan pasangan, kenal pasti bentuk komunikasi, persepsi persekitaran keluarga, perlakuan laporan kendiri (self-report), analisa hubungan, mengenalpasti masalah, atau kepelbagaian aspek permasalahan keluarga. Penilaian keluarga adalah berbeza untuk setiap keluarga yang berlainan. 


Masalah yang lain berhubung dengan penilaian keluarga ialah pembolehubah yang dinilai adalah tidak stabil dibandingkan dengan tret atau karekteristik individu,  Sebagai contoh, bagaimana kita dapat mengenalpasti dinamika keluarga dengan melihat kepada pembolehubah dalam tahap kepuasan pasangan mungkin dilihat apabila mereka menikmati makan malam di restauran eksklusif ataupun baru sahaja selesai melunaskan semua pinjaman pelajaran. 


Carter dan McGoldrick (1998) menyatakan bahawa, keluarga melalui tahap perkembangan dalam kitaran hidup. Setiap pasangan berhadapan dengan isu yang berlainan untuk 4 bulan pertama perkahwinan dan isu ini akan berbeza bagi usia perkahwinan 21 tahun dan mempunyai 2 orang anak remaja.  Selain itu, secara tekniknya, individu dalam kumpulan yang sama mungkin berada di tahap perkembangan yang berbeza. Sebagai contoh, pasangan pengantin baru ada yang berusia 17 tahun dan ada juga pasangan yang berusia menjangkau lewat 30-an.  Oleh itu, proses penilaian perlu mengambil kira tahap perkembangan atau tahap kedua-dua keluarga dan ahli dalam keluarga berkenaan.


Isu lain yang berkaitan dengan permasalah penilaian keluarga ialah penskoran (pemarkatan). Menginterprestasi keputusan daripada kepelbagaian perspektif keluarga lebih sukar berbanding dengan menginterprestasi keputusan klien individu.  Masalah yang lain ialah berhubung dengan isu kerahsiaan keputusan penilaian keluarga dalam mengumpul maklumat. Kadang-kadang masalah wujud apabila ahli keluarga ingin mengakses keputusan setiap ahli.  Sebagai contoh, anak mungkin akan enggan untuk menyampaikan sesetengah maklumat sekiranya ibubapanya hendak melihat keputusan penilaian. Oleh itu, kaunselor perlulah bijak dalam menggunakan maklumat penilaian dan menentukan siapakah yang berhak untuk mengakses keputusan penilaian.


Masalah lain dalam penilaian keluarga ialah penormaan sampel memakan masa yang agak panjang. Perekabentuk alat ujian perlulah mengakses keseluruhan ahli keluarga walaupun mendapatkan maklumat daripada setiap ahli keluarga adalah kompleks dan sukar.  Selain itu, nilai budaya setiap keluarga perlulah diambil kira sebelum alat penilaian atau pengujian dibangunkan.  Nilai budaya memberi kesan yang besar dalam menentukan corak kefungsian sesebuah keluarga.  Oleh itu, agak sukar bagi kita untuk menilai sebuah keluarga yang berhijrah dari Amerika Syarikat ke Malaysia, di mana nilai dan etika budaya masyarakat setempat berbeza dengan nilai budaya masyarakat orang kulit putih di Amerika.

(Bersambung....)