Rabu, 22 Januari 2014

LATAR BELAKANG CARL ROGERS


Carl Rogers telah dilahirkan pada bulan 8 Januari 1902 di Oak Park, lllinois dan meninggal dunia pada 1987 ketika berusia 85 tahun. Beliau adalah anak keempat daripada enam adik-beradik dan dibesarkan dalam suasana keluarga yang mementingkan disiplin, agama dan moral. Beliau menganggap dirinya terlalu dikongkong dengan kehidupan kekeluargaan dan menuduh ibubapanya mengamalkan sikap pilih kasih ke atas adik-beradiknya yang lain. Bagi mengatasi perasaan keseorangan tersebut, beliau sering membaca kamus dan encyclopedia.



Ketiga berusia 12 tahun, keluarganya telah berpindah ke sebuah kampong di Chicago. Sejak daripada itulah, Rogers telah berminat dalam bidang sains dan pertanian. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan.



Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D pada tahun 1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba mengharmonikan idea – idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik.



Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York; Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 – 1943); Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di Universiti of Chicago (1945 – 1957); Profesor Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963); Pengarah di Western Behavioral Sciences institute (1963 – 1968) ; Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 – 1987).



Ketika beliau berkhidmat di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963), Rogers banyak menulis artikel dan buku berkaitan dengan teori personality terutamnya berkaitan dengan teori pemusatan insannya.

SIFAT SEMULAJADI MANUSIA MENURUT TEORI PEMUSATAN KLIEN

Carl Rogers adalah satu-satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melibat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Sebaliknya Rogers mempunyai pendirian yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya, manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya-mempercayai, hormat-menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Belaiau juga menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya.


 
Ia menolak anggapan dan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diurus hidupnya oleh orang lain. Dia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai suatu kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang di peringkat demi peringkat menuju ke arah kesempurnaan (nirwana) kendiri andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai. Bagi Rogers, untuk membolehkan sesorang itu berkembang secara positif dan membina, mestilah wujud tiga suasana dan keadaan iaitu :
 
a. kejujuran, keikhlasan dan kebenaran;
 
b. penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat; dan
 
c. kefahaman yang mendalam.



Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam hubungannya dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri ini, dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima pengalaman-pengalaman yang dilaluinya. Di samping perkara-perkara yang disebut di atas, Rogers juga telah cuba menjelaskan dengan lebih khusus bahawa di dalam teorinya haruslah difahami tiga unsur yang penting iaitu :

a. organisma – seorang individu secara keseluruhan;
 
b. bidang fenomenologi – keseluruhan pengalaman yang dirasai dan dipersepsi; dan
 
c. kendiri – satu unsur yang terdapat di dalam bidang fenomenologi yang disebut ‘saya’ atau ‘aku’.



Organisma akan bertindak secara satu entiti yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan-keperluan tertentu. Ia mempunyai satu motif asas untuk mencapat kesempurnaan kendiri dan membaiki dirinya. Organisma ini juga boleh melambangkan pengalaman-pengalamannya, ataupun menyangkal pengalaman-pengalaman tertentu dan terus tidak melambangkannya, malah boleh mengabaikannya sama sekali. Bidang fenomenologi yang merupakan pengalaman-pengalaman ini boleh dilambangkan atau tidak dilambangkan. Jika ia dilambangkan, ia akan disedari oleh organisma, jika tidak dilambangkan, ia tidak akan disedari oleh organisma.



Kendiri pula, yang menjadi konsep pusat bagi teori Rogers ini mempunyai beberapa ciri tertentu. Antaranya :

a. kendiri muncul hasil daripada interaksi organisma dengan persekitarannya;
 
b. ia mungkin menjangkakan nilai-nilai orang lain;
 
c. kendiri akan berusaha untuk mengekalkan ketekalan dirinya;
 
d. organisma akan bertindak menurut ketentuan-ketentuan yang dibuat oleh kendiri;
 
e. pengalaman-pengalaman yang tidak tekal dengan struktur kendiri akan dianggap sebagai ancaman; dan
 
f. kendiri boleh berubah melalui pematangan dan pembelajaran.



Dengan melihat bagaimana ketiga-tiga konsep ini berinteraski, Rogers (1951) telah mengusulkan 19 cadangan mengenai manusia iaitu :

a. setiap individu wujud di dalam dunia pengalaman yang terus-menerus berubah, dan dia menjadi pusat;
 
b. organisma bertindak balas kepada bidang fenomologinya mengikut apa yang dialami dan dipersepsinya;
 
c. organisma bertindak sebagai suatu keseluruhan yang tersusun terhadap bidang fenomenologi ini;
 
d. organisma mempunyai suatu kecenderungan dan usaha asas iaitu untuk mencapai kesempurnaan kendiri, mengekal dan memperbaiki organisma;
 
e. tingakahlaku adalah pada asasnya suatu usaha organisma untuk menuju ke arah matlamat yang tertentu bagi memuaskan keperluannya yang dialamaniya di dalam bidang fenomenologi yang dipersepsinya;
 
f. emosi mengiring dan umumnya memudahkan tingkahlaku yang bermatlamat sedemikian;
kedudukan yang paling baik bagi memahami tingkahlaku ialah dengan memahaminya dari kaca mata individu itu sendiri;
 
g. sebahagian daripada keseluruhan bidang persepsi itu secara beransur-ansur akan bertukar menjadi kendiri;
 
h. melalui interaski dengan persekitaran, khususnya melalui penilaian interaksi dengan orang lain, struktur kendiri akan terbentuk;
 
i. nilai-nilai yang terdapat pada pengalaman-pengalaman dan nilai-nilai yang menjadi sebahagian daripada struktur kendiri adalah kandangkala merupakan nilai-nilai yang dialami sendiri oleh organisma, manakala pada masa-masa lainya ia merupakan nilai-nilai yang diintrojeksikan dari orang lain;
 
j. pengalaman-pengalaman yang dilalui di dalam kehidupan seseorang individu itu boleh (i) dilambangkan, dan dianggap sebagai berkaitan dengan kendiri; (ii) diabaikan kerana tidak nampak sebarang hubungan dengan kendiri; (iii) tidak dilambangkan, atau dilambangkan secara herot-berot kerana pengalaman-pengalaman itu tidak tekal dengan struktur kendiri.
kebanyakan daripada tingkahlaku yang disebatikan dengan kendiri adalah tingakahlaku yang tekal dengan kendiri;
 
k. di dalam keadaan-keadaan tertentu, tingakhlaku mungkin boleh dihasilkan oleh keperluan-keperluan dan pengalaman-pengalaman fizikal. Tingkahlaku sebegini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada struktur kendiri, dan bila ia berlaku organisma akan menyangkalnya sebagai sebahagian daripadanya;
l. ketidaklarasan psikologi wujud apabila organisma menyangkal sesetengah pengalaman deria dan emosi yang signifikan;
m. kelarasan psikologi wujud apabila kendiri mengasimilasi secara lambang semua pengalaman deria dan emosi ke dalam konsep kendiri;
 
n. sebarang pengalaman yang tidak tekal dengan organisma dan struktur kendiri boleh dianggap sebagai ancaman;
 
o. di dalam keadaan-keadaan tertentu, terutama sekali di dalam keadaan-keadaan dimana tidak ada sebarang ancaman, pengalaman-pengalaman yang tidak tekal dengan kendiri mungkin dikaji dan jika bersesuaian diasimilasikan ke dalam struktur kendiri;
 
p. apabila individu mempersepsi dan menerima esmua pengalaman deria dan emosinya ke dalam suatu sistem yang tekal dan bersepadu, maka ia lebih mudah memahami dan menerima orang lain sebagai individu yang berasingan;
 
q. sambil individu mengalami dan menerima lebih banyak daripada pengalaman-pengalaman fizikalnya ke dalam struktur kendirinya, ia akan dapati yang ia menggantikan sistem nilainya yang ada masa kini dengan proses menilai yang berterusan.



Sekiranya diteliti semua cadangan yang dikemukakan oleh Rogers ini, dapatlah kita simpulkan bahawa anggapannya tentang sifat semulajadi manusia itu amat positif dan didorong ke arah pencapaian kesempurnaan kendiri (kesempurnaan). Setiap individu mempunyai potensi semulajadi dan keupayaan untuk berkembang dengan sihat jika suasana dan persekitarannya sesuai.