Rabu, 22 Jun 2011

TEKANAN MENTAL DAN PEKERJAAN

Tekanan Kerja
Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan mental. Tekanan kerja yang sedikit adalah perlu untuk meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental pekerja.

Punca-Punca Tekanan Mental Di Tempat Kerja
1. Jenis Pekerjaan
Suasan tempat kerja, tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara pengendalian kerja.

2. Peranan dan Fungsi Pekerjaan
Kerja dan peranan yang sentiasa berubah-ubah secara kerap atau pekerjaan yang merbahaya.

3. Perhubungan
Konflik sesama rakan sekerja dan majikan

4. Kerjaya
Kurang insentif dan penghargaan dari majikan, kecewa terhadap suasana kerja, dinaikkan/ diturunkan pangkat, hilang pekerjaan.

5. Perubahan Dalam Organisasi
Perubahan dalam struktur dan pengurusan organisasi secara mendadak meningkatkan kekeliruan dan tekanan kepada pekerja.

7 Langkah Menangani Tekanan Mental
1. Bersikap Realistik Terhadap Pekerjaan Anda
  • Akui kekuatan dan kelemahan dalam diri anda
  • Bersikap positif semasa melakukan anda
  • Lakukan yang terbaik dalam pekerjaan anda
  • Merasa seronok bekerja
2. Rancang Kerja Anda
  • Kendali masa anda dengan bijak
  • Beri keutamaan pada kerja yang penting
  • Jangan bertangguh
  • Elakkan membawa sebarang tugasan balik ke rumah
  • Mengagihkan kerja dengan baik
 3. Tingkatkan Kemahiran Penyelesaian Masalah
  • Lihat masalah dengan rasional dan raancang penyelesaian secara sistematik
  • Senaraikan masalah-masalah mengikut keutamaan serta langkah-langkah menanganinya
  • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah penyelesaian
  • Ambil tindakan secara wajar
 4. Mempunyai Sikap Yang Betul Terhadap Perubahan Dalam Kerja
  • Sentiasa bersikap terbuka, bertolak ansur dan realistik terhadap apa jua perubahan yang berlaku
  • Rancang perubahan secara teratur
 5. Amalkan Komunikasi Berkesan Di Tempat Kerja
  • Amalkan sifat tegas (assertive) bukan garang (aggressive)
  • Luahkan pendapat anda secara sopan, tegas dan jelas
  • Hormati pandangan rakan sekerja anda
 6. Tingkatkan Sokongan Sosial Di Tempat Kerja
  • Wujudkan ikatan persahabatan sesama takan sekerja
  • Senaraikan individu dan organisasi yang dapat membantu anda dan rakan sekeja di dalam menangani sebarang masalah
  • Berkongsi masalah dengan mereka yang sedia mendengar
  • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang bermasalah
 7. Amalkan cara Hidup Sihat
  • Luangkan masa untuk beribadah
  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Bersenam selalu
  • Adakan aktiviti/ hobi yang menyeronokkan
  • Jauhi diri dari arak, rokok dan dadah
  • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada ajaran agama

Anda Mangsa Tekanan Mental?
Tanda-tanda tekanan mental
  • Bersikap ganas (Panas Baran)
  • Gelisah
  • Gangguan selera makan
  • Gangguan tidur
  • Hilang - tumpuan, motivasi
  • Kemurungan
  • Kerisauan yang berlebihan
  • Kelesuan
  • Mabuk arak
  • Mudah meradang
  • Perasaan bersalah

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia, Amalakan Kesihatan Mental Yang Baik

TAKUT KEPADA KEGAGALAN

Kegagalan jarang sekali ditekankan dalam motivasi, walhal terdapat lebih ramai mereka yang gagal berbanding dengan mereka yang Berjaya. Namun begitu, tahukah anda, 98% daripada jutawan yang ada pada hari ini pernah gagal? Ya! Kegagalan adalah sebahagian daripada kejayaan.

       Punca utama seseorang tidak mencapai kejayaan adalah kerana TAKUT KEPADA KEGAGALAN. Fahami betul-betul ayat di atas. “Takut Kepada Kegagalan” adalah sebab utama seseorang tidak mencapai kejayaan. Bukannya “gagal adalah punca utama tidak mencapai kejayaan”. Apabila anda takut kepada kegagalan, anda akan menghalang diri anda mengambil langkah pertama. Sekiranya anda berada dalam keadaan “Takut Kepada Kegagalan” ketahui bahawa itu adalah benteng utama anda.

         Bagaimana hendak melepasi benteng tersebut? Ikut kata-kata NIKE, just do it! Kalau nak DUIT, anda perlu DO-IT! Terlalu banyak kisah-kisah kegagalan mereka yang berjaya boleh dikongsikan. Antaranya kisah seorang pemain baseball di Amerika Syarikat pada tahun 70-an. Namanya adalah Babe Ruth. Babe Ruth ketika itu merupakan pemain yang paling banyak sekali membuat home-run (larian dengan markah tertinggi di dalam baseball) ketika itu. Tiada siapa boleh menandingi rekod Babe Ruth yang membuat home-run. Namun begitu, Babe Ruth juga merupakan pemain base-ball yang paling banyak sekali struck-out (terpaksa keluar oleh kerana pukulan tidak mengena bola) - lebih daripada 1,300 kali. Setiap kali Babe Ruth tidak mengena bola, beliau akan senyum sahaja. Apabila ditanya wartawan sukan kepada Babe Ruth, mengapa beliau senyum setiap kali tidak mengena bola, jawabnya “Setiap kali hayunan saya gagal mengena bola, ia bermakna makin hampir hayunan saya akan mengena bola dan akan mendapat home-run untuk pasukan saya tidak lama lagi!” Pemikiran Babe Ruth adalah, lagi banyak kali beliau mencuba walaupun gagal, lagi hampir dirinya akan mencapai kejayaan dalam mendapatkan home-run!

        Fikiran beginilah yang perlu ada pada semua orang yang ingin mencapai kejayaan. Kegagalan bukan bererti anda yang gagal secara peribadi, tetapi ia bermaksud makin hampir anda akan mencapai kejayaan.

Fikirkan kisah-kisah ini pula:
1. Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!

2. Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”.

3. F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom.

4. Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”.

5. Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah.

6. Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”. Tidak habis lagi kisah Thomas Edison, tahukah anda Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol.

  Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula.