Rabu, 22 Januari 2014

LATAR BELAKANG CARL ROGERS


Carl Rogers telah dilahirkan pada bulan 8 Januari 1902 di Oak Park, lllinois dan meninggal dunia pada 1987 ketika berusia 85 tahun. Beliau adalah anak keempat daripada enam adik-beradik dan dibesarkan dalam suasana keluarga yang mementingkan disiplin, agama dan moral. Beliau menganggap dirinya terlalu dikongkong dengan kehidupan kekeluargaan dan menuduh ibubapanya mengamalkan sikap pilih kasih ke atas adik-beradiknya yang lain. Bagi mengatasi perasaan keseorangan tersebut, beliau sering membaca kamus dan encyclopedia.



Ketiga berusia 12 tahun, keluarganya telah berpindah ke sebuah kampong di Chicago. Sejak daripada itulah, Rogers telah berminat dalam bidang sains dan pertanian. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological Seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan.



Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D pada tahun 1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba mengharmonikan idea – idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik.



Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York; Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 – 1943); Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di Universiti of Chicago (1945 – 1957); Profesor Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963); Pengarah di Western Behavioral Sciences institute (1963 – 1968) ; Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 – 1987).



Ketika beliau berkhidmat di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963), Rogers banyak menulis artikel dan buku berkaitan dengan teori personality terutamnya berkaitan dengan teori pemusatan insannya.

Tiada ulasan: