Latihan pernafasan asas ini penting untuk memastikan pekerja berada di dalam keadaan yang tenang dan bersedia untuk menjalankan tugas-tugas di pejabat. Teknik ini juga merupakan satu kaedah yang digunakan dalam releksasi. Apabila individu tahu bagaimana cara bernafas dengan teknik yang betul, ia mampu untuk mengimbangi emosi dan dapat mengawal tingkahlaku diluar kawal yang selalunya disebabkan oleh ledakan emosi seperti marah, sedih, tidak puas hati, kecewa dan sebagainya. Malah teknik ini membantu individu mengawal diri apabila berada di dalam keadaan tertekan, panik atau terlalu banyak kerja sehingga tidak tahu mana satu harus dimulakan.
Dengan melakukan teknik pernafasan asas ini, individu sebenarnya menenangkan perasaan dan mengimbangi perubahan biologi di dalam tubuh akibat daripada rembesan hormon adrenalin dan mengimbangi respon fight-or-flight-or freeze yang terjadi apabila seseorang berada di dalam keadaan stres atau bila tubuh merasa terancam akibat daripada faktor luaran.
Pernafasan amat penting untuk mengawal diri. Teknik pernafasan boleh membantu:-
¢ Meningkatkan tahap kesihatan diri secara keseluruhannya
¢ Meningkatkan penguasaan emosi
¢ Meningkatkan kualiti darah (proses oxygenation)
¢ Memberi ketenangan dan kelegaan
¢ Meremajakan kulit
Kaedah Pernafasan Asas
BIL | PERINGKAT DAN KEPERLUAN |
1 | Masa Diperlukan : 7 minit |
2 | Peringkat Peringkat 1 (cara duduk) 1. Duduk di dalam keadaan yang selesa. 2. Tulang belakang berada di dalam keadaan tegak. 3. Satu tangan di dada, satu tangan di perut. 4. Perhatikan tangan yang manakah yang bergerak. 5. Seharusnya, tangan yang diletakkan di perut akan maju ke hadapan. 6. Ini adalah teknik yang betul. |
3 | Peringkat Peringkat 2 1. Bernafas seperti biasa, kira berapa kali anda menarik nafas (inhale). 2. Mencatat masa selama satu minit. 3. Kira berapa banyak anda menarik nafas (inhale) dalam masa satu minit. 4. Jika bilangannya kurang 14 kali, ini menunjukkan anda bernafas dalam keadaan tenang. 5. Sebaliknya, jika bilangannya lebih dari 15 kali, ini menunjukkan anda bernafas dalam keadaan yang tidak tenang. 6. Catat jumlah pernafasan (inhale sahaja) di dalam kertas yang diedarkan. |
4 | Peringkat Peringkat 3 (teknik pernafasan) 1. Tarik nafas dalam melalui hidung dengan kiraan empat (perlahan-lahan). 2. Tahan dengan dua kiraan. 3. Lepaskan perlahan-lahan seperti mahu bersiul dengan lapan kiraan. |
5 | Kesimpulan 1. Latihan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa terutamanya apabila anda rasa perubahan fizikal berlaku dalam diri seperti:- · degupan jantung menjadi laju · mengantuk · sakit kepala dan sebagainya. 2. Lakukan ketika mula-mula datang ke pejabat (sebelum membuka komputer) mengikut langkah-langkah yang telah diajar. 3. Setelah itu lakukan sekali lagi sebelum waktu rehat tengahari dan sebelum pulang ke rumah (setelah menutup komputer). 4. Kebaikan latihan ini iaitu : · menenangkan perasaan · mengembalikan degupan jantung yang normal · melancarkan pengaliran darah · mengurangkan stres dan sebagainya. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan