Sabtu, 9 Julai 2011

37 KESILAPAN YANG DI LAKUKAN OLEH IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

1. KURANG  BERDOA  DALAM PROSES  MENDIDIK  ANAK
Doa  adalah permintaan dari hamba kepada  Allah S.W.T. Ibu bapa yang kurang  berdoa membentuk nilai yang rendah, sombong  dan berfikiran negatif. Ibu bapa harus  berdoa untuk kejayaan anak.

2. MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN  ANAK
Setiap anak mempunyai  kebolehan yang berbeza. Ibu bapa  harus  peka dengan kebolehan anak. Anak yang diperkecilkan kebolehan akan membentuk sifat diri yang  pendendam, nilai diri yang rendah  dan tidak mampu berdikari.

3. KURANG TEGAS DALAM  MENDIDIK  ANAK
Ketegasan adalah penting dalam menjadual waktu kehidupan seharian. Disiplin yang tegas menjadikan anak lebih menghormati keputusan yang dibuat  oleh ibu bapa. Contoh : waktu belajar, mengaji, tidur,  riadah dan sebagainya.

4. LEBIH BANYAK MEMBERI BELAIAN NEGATIF DARI BELAIAN POSITIF
Anak yang dididik dengan belaian negatif akan menjadi  bersifat  rendah diri  dan berperasaan takut. Anak memerlukan  20% belaian negatif bagi menyedarkan kesilapan  mereka. Ibu bapa membantu anak berazam untuk tidak melakukan perbuatan tersebut.

5. KURANG  PANDAI  MENJADI  KAWAN  KEPADA  ANAK-ANAK
Anak memerlukan kawan untuk bercerita, meluahkan perasaan, mengadu hal dan bermain. Untuk menyelami hati nurani anak, ibu bapa  harus menjadi seperti kawan mereka.

6. KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK-ANAK
Ibu  bapa  yang  cemerlang sentiasa memberikan  sentuhan kepada anak-anak. Sentuhan yang  berupa pelukan, ciuman, dan sebagainya merupakan penawar  segala penyakit dan menambahkan kemesraan anak kepada ibu  bapa.

7. SUASANA RUMAH TANGGA YANG KURANG KONDUSIF
Rumah  tangga  yang sentiasa porak peranda akan menyebabkan anak-anak melarikan diri  dan mencari kedamaian diluar rumah.

8. MENEGUR  SECARA  NEGATIF
Anak  yang  ditegur  secara  negatif  seperti dicemuh dan dikritik  akan membentuk minda yang  negatif. Contoh :  Jika dimarahi dengan perkataan “ degil ”, “malas”  akhirnya menjadi tabiat kepada anak tersebut. Perkataan itu akan dizahirkan melalui perbuatan.

9. KURANG  MENDEDAHKAN  ANAK-ANAK  KEPADA MODEL-MODEL  YANG  CEMERLANG
Model  model  yang  cemerlang patut didedahkan kepada  anak supaya nilai  murni dapat ditanamkan dalam diri anak. Pendedahan boleh dibuat melalui pembelian buku dan bercerita. Pendedahan penting untuk membentuk keazaman yang  tinggi.

10. KURANG MENGHIDUPKAN  SUNAH  DALAM  RUMAH TANGGA
Kehidupan rumah tangga  Rasulullah S.A.W. adalah  contoh  tauladan  yang baik untuk diikuti oleh umat manusia. Contoh : makan, tidur, beribadat dan sebagainya.

11. MENUNJUKKAN  PERSELISIHAN  DI HADAPAN  ANAK-ANAK
Pertelingkahan dan perselisihan faham antara kedua ibu bapa tidak harus berlaku dihadapan anak. Ini menunjukan kelemahan dihadapan anak-anak. Anak akan berasa kurang hormat kepada kedua ibu bapa.

12. KURANG  MENGASUH  ANAK  MEMBUAT  KERJA-KERJA  RUMAH
Anak perlu  diasuh dan dilatih membuat kerja rumah supaya tidak timbul pentingkan diri sendiri serta tidak  menghargai  pekerjaan  orang  lain. Jangan bebankan  kerja yang berat.

13. MASIH  MEMBIARKAN AKHLAK  YANG BURUK  DIDALAM  RUMAH 
TANGGA
Ibu bapa harus menghindarkan akhlak yang buruk dalam rumah tangga  seperti tabiat yang tidak sesuai seperti merokok, mengumpat, berjudi, memaki hamun dan sebagainya. Tabiat  yang  buruk itu jangan ditunjukan kepada anak-anak.

14. TIDAK MENGANTUNG  ROTAN   DITEMPAT  YANG  BOLEH  DILIHAT  OLEH  AHLI KELUARGA
Mengantung  rotan ditempat   yang boleh  dilihat oleh ahli keluarga  menunjukan  disiplin  yang  kuat  dalam rumah tangga. Rotan memberikan ingatan kepada mereka.

15. KURANG   MENGAWASI  PENDEDAHAN  KEPADA  TV  DAN  VEDIO
TV dan  Vedio  memberikan kesan yang mendalam kepada  anak-anak  yang menonton. Ibu bapa harus memberikan pengawasan yang rapi dan menjelaskan isu-isu yang kurang sesuai untuk tontonan anak-anak dirumah.

16. KURANG MENGAJAR   ANAK  KEMAHIRAN  SOSIAL
Mengajar  anak berinteraksi dengan  orang lain adalah tanggung jawab  ibu bapa. Kemahiran bercakap dengan orang yang  lebih tua, bercakap dengan  tetamu, melayan sahabat dan sebagainya. Kemahiran ini diperolehi dari  ibu bapa melalui contoh dan tauladan.

17. KURANG   MENITIKBERATKAN MAKANAN YANG SEIMBANG  ATAU 
     SESUAI  UNTUK  ANAK-ANAK
Makanan yang seimbang adalah penting dalam pertumbuhan fizikal dan mental anak-anak. Tenaga  yang  kuat dan mental yang cerdas datang  daripada pemakanan  yang seimbang dan berzat. Makanan  yang tidak seimbang akan membantu  pertumbuhan  mental anak.

18. TIDAK BERSAMA-SAMA ANAK KETIKA MAKAN
Waktu makan adalah masa yang paling sesuai untuk berbual-bual dengan anak-anak. Rasa kemesraan dan kekeluargaan akan dapat dinikmati jika makan bersama.

19. MEMPAMERKAN  PILIH  KASIH TERHADAP  ANAK-ANAK
Anak akan mudah berasa kecil  hati jika kasih sayang  diberikan secara  tidak adil. Jangan wujudkan perbezaan dalam memberikan kasih sayang  kepada anak-anak. Setiap pembelian barang dan sebagainya diberikan secara adil dan saksama antara satu sama lain.

20. TIDAK MERAIKAN  ANAK-ANAK  KETIKA   MEREKA  PERGI  DAN  BALIK DARI SEKOLAH
Anak – anak sangat  suka  di raikan  oleh  ibu bapa semasa pergi dan balik dari sekolah. Mereka merasai dirinya amat disayangi dan diberikan perhatian. Berikan pelukan, salam, dan  ciuman kepada anak kerana  belaian seumpama  ini akan menbentuk kecerdasan  otak, jiwa, yang tenang, berdisiplin, dan bersifat  pengasih.

21. KURANG   MEMBERIKAN  PENGHARGAAN  KEPADA   BANTUAN  ANAK
Setiap  bantuan yang anak berikan  haruslah diberikan perghargaan. Anak-anak akan merasa  dirinya dihargai  dan bersedia  untuk  membantu  pada masa akan datang.

22.  KURANG  MEMBERI  PENGAWASAN  DAN PENYELIAAN  MENGENAI  PELAJARAN ANAK-ANAK
Anak-anak  memerlukan  bimbingan dan  pengawasan semasa mereka sedang belajar. Berada bersama mereka semasa mereka melakukan kerja rumah akan membuatkan mereka  berasa di sokong  dan dibimbing. Ibu bapa  akan dapat mengawasi  gerak laku  anak-anak.

23.  KURANG  MEWUJUDKAN  BUDAYA  ILMU  DALAM RUMAH TANGGA
Setiap rumah seboleh-bolehnya mempunyai  perpustakaan keluarga dann  cara ini akan menwujudkan budaya ilmu  dalam rumah tangga. Menwujudkan budaya membaca  dalam rumah tangga  dengan mengadakan  bahan-bahan  bacaan seperti akhbar, majalah, buku dan pelbagai bahan bacaan lain.

24.  KAEDAH  BERKOMUNIKASI  YANG  KURANG  BERKESAN
Teknik berkomunikasi dengan anak-anak adalah berbeza jika dibandingkan  dengan orang dewasa. Anak-anak perlukan  belaian dan  pujian semasa berkomunikasi. Ibu bapa seharusnya memahami kehendak anak dan melebihkan perkataan  yang  positif dalam komunikasi dengan anak. Anak suka berterus  terang dan  benci pembohongan dan penipuan.

25.  TERLALU  MEMANJAKAN  ANAK
Anak yang selalu  dimanjakan  akan menjadikan mereka bergantung kepada  orang  lain. Selalu menunjukan sifat mengada-ngada dan tidak menghormati  orang  tua. Meningkatkan keegoaan dan sukar menerima orang lain.

26.  TERLALU  MEMBERIKAN  KEBEBASAN  KEPADA  ANAK-ANAK
Kebebasan mempunyai batasannya. Kebebasan yang melampau akan menjadikan  anak lupa diri  dan  merasakan mereka bebas melakukan apa sahaja. Kebebasan dengan disiplin yang  ketat akan menjamin peribadi  yang mulia.

27. TERLALU MENGONGKONG  KEBEBASAN  ANAK-ANAK
Anak yang  terlalu  dikongkong akan menjadikan  mereka  hilang  keyakinan diri. Mereka akan  cuba  melepaskan  kongkongan tersebut  dengan melakukan  penipuan  dan  pembohongan  kepada  kedua  ibu bapanya.

28.  MUNGKIR  JANJI  KEPADA  ANAK-ANAK
Ibu bapa yang mungkir janji dengan anak-anak akan menghilangkan  kepercayaan anak kepada mereka. Setiap anak akan menaruh  harapan  kepada  setiap perkara  yang dijanjikan  kepada mereka.

29. KURANG MEMBERI LAYANAN KEPADA PERTANYAAN DAN KEMUSYKILAN       ANAK-ANAK
Setiap anak ingin mengetahui  perkara-perkara yang baru. Pertanyaan anak hendaklah di layan, kalau tidak dilayan anak merasakan diri mereka tidak diendahkan dan akan menjadi  lemah semangat, kecewa dan akhirnya menjadi manusia pendiam.

30. MEMBERI  HUKUMAN  YANG TERLALU  KERAS
Hukuman yang terlampau keras  tidak akan mengubah perlakuan anak malahan membentuk perasan dendam dalam diri anak. Anak akan sentiasa merasa  takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Hukuman yang keras  akan menyebabkan  anak mengalami  kecederaan  yang serius.

31.  MENGGUNAKAN KAEDAH  MENGANCAM  ATAU MENGUGUT  UNTUK  MENDAPAT   PERHATIAN  ATAU  TINDAKAN
Mengancam dan  mengugut  anak akan hanya menambahkan  perasaan benci  dan dendam  dalam diri anak. Ancaman dan  ugutan akan menyebabkan  anak sentiasa  dihantui perasaan  takut setiap masa.

32. MENANGGUHKAN  TEGURAN  DAN HUKUMAN
Segala  teguran  dan  hukuman  hendaklah  dilakukan  serta merta. Jika ditangguhkan  anak-anak  akan merasakan  ia menjadi  kurang penting dan   berpontensi  mengulangi  perbuatan tersebut.

33. TIDAK  KONSISTEN  DALAM  MEMBERI   TEGURAN  ATAU  HUKUMAN
Segala teguran  dan hukuman  yang diberikan kepada  anak  mestilah  dilakukan  secara  konsisten. Jika  tidak, anak  akan merasa terkeliru dengan teguran dan  hukuman  yang diberikan. Setiap kesalahan  yang dilakukan  hendaklah diberikan hukuman yang  setimpal dengan  kesalahan.

34. TIDAK  MENGALAKAN  ANAK-ANAK   UNTUK  BERDOA
Mengalakan anak-anak berdoa menjadikan mereka bertambah  yakin  dengan bantuan  Allah  S.W.T. Anak-anak  yang tidak mahu berdoa akan menjadikan  mereka manusia  yang sombong.

35. MEMPUNYAI  TANGGAPAN  YANG  NEGATIF  TERHADAP ANAK-ANAK
Tanggapan  dan penghargaan  ibu bapa  akan menghasilkan  apa  yang ditanggap  dan  diharap. Tanggapan yang negatif  akan  menghasilkan  anak  yang bersifat negatif.

36. KURANG  MEMINTA  BANTUAN  PAKAR
Ibu bapa  seharusnya  meminta  bantuan  dari pakar seperti  ulama, guru, orang  tua, kaunselor dan sebagainya jika mereka menghadapi  jalan  buntu dalam menguruskan  soal anak-anak.

37. TIDAK  MENDOAKAN  ANAK
Ibu bapa mesti sentiasa  mendoakan  anak supaya mereka  menjadi  orang yang cemerlang. Doa ibu bapa  untuk anak.

Tiada ulasan: