Selasa, 27 Disember 2011

MUTIARA KATA (2)


“Ilmu adalah lebih utama daripada harta.
Ilmu menjagamu, sedangkan kau harus menjaga
hartamu. Harta akan berkurang bila kau nafkahkan,
sedangkan ilmu bertambah subur bila kau nafkahkan.
Demikian pula budi yang ditimbulkan dengan harta akan
hilang dengan hilangnya harta (wang akan hanya
dapat dinikmati selama wang
 itu masih ada), sedangkan
perbuatan mengajar ilmu
kepada seseorang akan
tetap dinikmati
 manfa’atnya  walaupun si pengajar telah tiada. Makrifat ilmu, seperti juga agama, merupakan pegangan  hidup terbaik. Dengannya orang akan beroleh
Ketaatan dan penghormatan sepanjang hidupnya serta nama harum
setelah wafatnya. Ilmu adalah hakim dan harta adalah sesuatu
yang dihakimi”

- Nasihat Saidina Ali Karamallahu Wajhah kepada Kumail bin Ziyad -

Tiada ulasan: