Carl Rogers telah dilahirkan pada bulan 8 Januari 1902 di Oak
Park, lllinois dan meninggal dunia pada 1987 ketika berusia 85 tahun. Beliau
adalah anak keempat daripada enam adik-beradik dan dibesarkan dalam suasana
keluarga yang mementingkan disiplin, agama dan moral. Beliau menganggap dirinya
terlalu dikongkong dengan kehidupan kekeluargaan dan menuduh ibubapanya
mengamalkan sikap pilih kasih ke atas adik-beradiknya yang lain. Bagi mengatasi
perasaan keseorangan tersebut, beliau sering membaca kamus dan encyclopedia.
Ketiga berusia 12 tahun, keluarganya telah berpindah ke sebuah
kampong di Chicago. Sejak daripada itulah, Rogers telah berminat dalam bidang
sains dan pertanian. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam
bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di
Union Theological Seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar dari
kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta
mempersoalkan tentang makna kehidupan.
Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi
klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College,
Columbia Universiti dan mendapat Ph.D pada tahun 1928. Semasa di Columbia, sudah
nampak Rogers cuba mengharmonikan idea – idea yang bertentangan seperti fahaman
Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan
fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik.
Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi
bertaraf Pengarah di Child Study, Department of the Society for the
Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York; Profesor Psikologi
Klinikal di Ohio State Universiti (1940 – 1943); Profesor Psikologi dan
Pengarah Kaunseling di Universiti of Chicago (1945 – 1957); Profesor
Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963); Pengarah di
Western Behavioral Sciences institute (1963 – 1968) ; Pengarah di Centre for
the Studies of the Person (1968 – 1987).
Ketika beliau berkhidmat di Universiti of Wisconsin (1957 –
1963), Rogers banyak menulis artikel dan buku berkaitan dengan teori
personality terutamnya berkaitan dengan teori pemusatan insannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan