Kamal Yusoff
"minda & hati sejahtera = akhlak & budi pekerti mulia"
Sabtu, 28 September 2019
Isnin, 22 Januari 2018
PENILAIAN DALAM KAUNSELING PERKAHWINAN DAN KELUARGA – Siri 1
Pengenalan
Kebanyakkan Kaunselor dan Terapis kaunseling
perkahwinan dan keluarga menggunakan pendekatan sistemik (systemic) apabila
memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pasangan dan keluarga. Pendekatan sistemik bersifat holistik dengan
memberi penekanan kepada interaksi kepada penyebab dan kepercayaan yang menjadi
pegangan hubungan dan pengaruh dalam setiap ahli keluarga.
Berdasarkan
kepada pandangan falsafah ini, penilaian tidak hanya berpaksikan kepada
individu semata-mata sebaliknya ia memberi penekanan kepada dinamik atau bentuk
yang menjadi penyebab dalam permasalahan pasangan dan keluarga. Oleh itu, menilai setiap ahli keluarga secara
individu adalah tidak konsisten dengan pandangan sistemik. Kadang-kadang, kaunselor menggunakan alat
ujian yang direka bentuk untuk individu, seperti alat ujian personaliti ketika
membuat penilaian keluarga dan perkahwinan.
Sebagai contoh, terdapat kaunselor menggunakan Myers-Briggs Type
Indicator dalam menilai perbezaan dalam minat dan kecenderungan setiap ahli
keluarga. Penggunaan alat ujian seperti
ini agak sukar namun ia tetap dijalankan memandangkan penilaian individu
penting dalam konsep ini. Kebanyakkan kaunselor dalam perkahwinan dan keluarga
kerap kali tersepit dalam teori sistemik.
Kesukaran Dalam Penilaian Perkahwinan Dan Keluarga
Agak sukar dalam membuat penilaian ke atas
keluarga memandangkan setiap ahli keluarga adalah bersifat unik dan tidak dapat
dikuantitatifkan. Dengan membuat andaian, terapis dapat mengenalpasti dinamik
atau karekteristik sesebuah keluarga, bagaimana kita menentukan permasalahan
sekiranya sesebuah keluarga yang berfungsi secara lengkap mempunyai seorang
ahli keluarga yang tidak berfungsi (dysfunctional). Sebagai contoh, kohesi keluarga dan penentuan
jumlah kohesi dilihat sebagai sesuai. Tetapi tidak semua ahli teori keluarga
dapat membuktikan tahap rendah kohesi keluarga adalah tidak baik manakala tahap
tinggi kohesi keluarga sebagai nilai positif dalam sesebuah keluarga.
Model Circumplex Olson (Olson dan
DeFrain, 2002) mencadangkan kohesi perlu dilihat dari perspektif curvilinear di
mana kedua-dua yang mempunyai sedikit kohesi dan banyak kohesi adalah
bermasalah (problematic). Kesukaran
dalam menentukan kefungsian keluarga semakin sukar sekiranya elemen budaya
diambil kira. Perbezaan budaya setiap
masyarakat membentuk nilai sesebuah keluarga.
Sebagai contoh, tidak semua budaya dapat menerima secara positif amalan
berpoligami dalam keluarga.
Penilaian keluarga merupakan terma
yang sangat luas bagi kaunselor yang inginkan kepelbagaian maklumat bergantung
kepada masalah dan isu keluarga. Sebagai
contoh, alat untuk tapisan (screening) untuk menentukan sekiranya kaunseling
keluarga memerlukan kesesuaian modaliti mungkin berbeza daripada alat ujian
dalam mengenalpasti masalah yang berkaitan dalam pasangan suami isteri. Oleh itu, ia tidak memberikan satu fokus
sahaja dalam penilaian keluarga, sebaliknya fokus itu mungkin kepada kepuasan
pasangan, kenal pasti bentuk komunikasi, persepsi persekitaran keluarga,
perlakuan laporan kendiri (self-report), analisa hubungan, mengenalpasti
masalah, atau kepelbagaian aspek permasalahan keluarga. Penilaian keluarga
adalah berbeza untuk setiap keluarga yang berlainan.
Masalah yang lain berhubung dengan
penilaian keluarga ialah pembolehubah yang dinilai adalah tidak stabil
dibandingkan dengan tret atau karekteristik individu, Sebagai contoh, bagaimana kita dapat
mengenalpasti dinamika keluarga dengan melihat kepada pembolehubah dalam tahap
kepuasan pasangan mungkin dilihat apabila mereka menikmati makan malam di restauran
eksklusif ataupun baru sahaja selesai melunaskan semua pinjaman pelajaran.
Carter dan McGoldrick (1998) menyatakan
bahawa, keluarga melalui tahap perkembangan dalam kitaran hidup. Setiap
pasangan berhadapan dengan isu yang berlainan untuk 4 bulan pertama perkahwinan
dan isu ini akan berbeza bagi usia perkahwinan 21 tahun dan mempunyai 2 orang
anak remaja. Selain itu, secara
tekniknya, individu dalam kumpulan yang sama mungkin berada di tahap
perkembangan yang berbeza. Sebagai contoh, pasangan pengantin baru ada yang
berusia 17 tahun dan ada juga pasangan yang berusia menjangkau lewat
30-an. Oleh itu, proses penilaian perlu
mengambil kira tahap perkembangan atau tahap kedua-dua keluarga dan ahli dalam
keluarga berkenaan.
Isu
lain yang berkaitan dengan permasalah penilaian keluarga ialah penskoran
(pemarkatan). Menginterprestasi keputusan daripada kepelbagaian perspektif
keluarga lebih sukar berbanding dengan menginterprestasi keputusan klien
individu. Masalah yang lain ialah
berhubung dengan isu kerahsiaan keputusan penilaian keluarga dalam mengumpul
maklumat. Kadang-kadang masalah wujud apabila ahli keluarga ingin mengakses
keputusan setiap ahli. Sebagai contoh,
anak mungkin akan enggan untuk menyampaikan sesetengah maklumat sekiranya ibubapanya
hendak melihat keputusan penilaian. Oleh itu, kaunselor perlulah bijak dalam
menggunakan maklumat penilaian dan menentukan siapakah yang berhak untuk
mengakses keputusan penilaian.
Masalah
lain dalam penilaian keluarga ialah penormaan sampel memakan masa yang agak
panjang. Perekabentuk alat ujian perlulah mengakses keseluruhan ahli keluarga
walaupun mendapatkan maklumat daripada setiap ahli keluarga adalah kompleks dan
sukar. Selain itu, nilai budaya setiap
keluarga perlulah diambil kira sebelum alat penilaian atau pengujian
dibangunkan. Nilai budaya memberi kesan
yang besar dalam menentukan corak kefungsian sesebuah keluarga. Oleh itu, agak sukar bagi kita untuk menilai
sebuah keluarga yang berhijrah dari Amerika Syarikat ke Malaysia, di mana nilai
dan etika budaya masyarakat setempat berbeza dengan nilai budaya masyarakat
orang kulit putih di Amerika.
(Bersambung....)
Ahad, 21 Januari 2018
Isnin, 3 Oktober 2016
Sabtu, 5 September 2015
Rabu, 22 Januari 2014
LATAR BELAKANG CARL ROGERS
Carl Rogers telah dilahirkan pada bulan 8 Januari 1902 di Oak
Park, lllinois dan meninggal dunia pada 1987 ketika berusia 85 tahun. Beliau
adalah anak keempat daripada enam adik-beradik dan dibesarkan dalam suasana
keluarga yang mementingkan disiplin, agama dan moral. Beliau menganggap dirinya
terlalu dikongkong dengan kehidupan kekeluargaan dan menuduh ibubapanya
mengamalkan sikap pilih kasih ke atas adik-beradiknya yang lain. Bagi mengatasi
perasaan keseorangan tersebut, beliau sering membaca kamus dan encyclopedia.
Ketiga berusia 12 tahun, keluarganya telah berpindah ke sebuah
kampong di Chicago. Sejak daripada itulah, Rogers telah berminat dalam bidang
sains dan pertanian. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam
bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di
Union Theological Seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar dari
kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta
mempersoalkan tentang makna kehidupan.
Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi
klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College,
Columbia Universiti dan mendapat Ph.D pada tahun 1928. Semasa di Columbia, sudah
nampak Rogers cuba mengharmonikan idea – idea yang bertentangan seperti fahaman
Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan
fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik.
Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi
bertaraf Pengarah di Child Study, Department of the Society for the
Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York; Profesor Psikologi
Klinikal di Ohio State Universiti (1940 – 1943); Profesor Psikologi dan
Pengarah Kaunseling di Universiti of Chicago (1945 – 1957); Profesor
Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963); Pengarah di
Western Behavioral Sciences institute (1963 – 1968) ; Pengarah di Centre for
the Studies of the Person (1968 – 1987).
Ketika beliau berkhidmat di Universiti of Wisconsin (1957 –
1963), Rogers banyak menulis artikel dan buku berkaitan dengan teori
personality terutamnya berkaitan dengan teori pemusatan insannya.
SIFAT SEMULAJADI MANUSIA MENURUT TEORI PEMUSATAN KLIEN
Carl Rogers adalah satu-satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melibat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Sebaliknya Rogers mempunyai pendirian yang cukup teguh mengenai sifat tabii manusia. Baginya, manusia boleh berkembang secara positif dan membina jika wujud perasaan percaya-mempercayai, hormat-menghormati yang boleh dirasai dan dialami. Belaiau juga menolak sekuat-kuatnya anggapan bahawa manusia itu tidak boleh dipercayai dan pasif, dan menjadi mangsa sifat biologi atau persekitarannya.
Ia menolak anggapan dan kepercayaan bahawa manusia itu perlu diarah, didorong, diajar, didera, diberi ganjaran, dikawal dan diurus hidupnya oleh orang lain. Dia yakin bahawa manusia memang dari mula lagi sudah mempunyai suatu kecenderungan dan keupayaan semulajadi untuk berkembang di peringkat demi peringkat menuju ke arah kesempurnaan (nirwana) kendiri andainya wujud keadaan-keadaan yang sesuai. Bagi Rogers, untuk membolehkan sesorang itu berkembang secara positif dan membina, mestilah wujud tiga suasana dan keadaan iaitu :
a. kejujuran, keikhlasan dan kebenaran;
b. penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat; dan
c. kefahaman yang mendalam.
Jika ketiga-tiga keadaan ini dapat dirasai dan dialami oleh klien di dalam hubungannya dengan kaunselor, ia juga akan mula menghayati sifat-sifat dan ciri-ciri ini, dan seterusnya lebih bersedia untuk menerima pengalaman-pengalaman yang dilaluinya. Di samping perkara-perkara yang disebut di atas, Rogers juga telah cuba menjelaskan dengan lebih khusus bahawa di dalam teorinya haruslah difahami tiga unsur yang penting iaitu :
a. organisma – seorang individu secara keseluruhan;

b. bidang fenomenologi – keseluruhan pengalaman yang dirasai dan dipersepsi; dan
c. kendiri – satu unsur yang terdapat di dalam bidang fenomenologi yang disebut ‘saya’ atau ‘aku’.
Organisma akan bertindak secara satu entiti yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan-keperluan tertentu. Ia mempunyai satu motif asas untuk mencapat kesempurnaan kendiri dan membaiki dirinya. Organisma ini juga boleh melambangkan pengalaman-pengalamannya, ataupun menyangkal pengalaman-pengalaman tertentu dan terus tidak melambangkannya, malah boleh mengabaikannya sama sekali. Bidang fenomenologi yang merupakan pengalaman-pengalaman ini boleh dilambangkan atau tidak dilambangkan. Jika ia dilambangkan, ia akan disedari oleh organisma, jika tidak dilambangkan, ia tidak akan disedari oleh organisma.
Kendiri pula, yang menjadi konsep pusat bagi teori Rogers ini mempunyai beberapa ciri tertentu. Antaranya :
a. kendiri muncul hasil daripada interaksi organisma dengan persekitarannya;

b. ia mungkin menjangkakan nilai-nilai orang lain;
c. kendiri akan berusaha untuk mengekalkan ketekalan dirinya;
d. organisma akan bertindak menurut ketentuan-ketentuan yang dibuat oleh kendiri;
e. pengalaman-pengalaman yang tidak tekal dengan struktur kendiri akan dianggap sebagai ancaman; dan
f. kendiri boleh berubah melalui pematangan dan pembelajaran.
Dengan melihat bagaimana ketiga-tiga konsep ini berinteraski, Rogers (1951) telah mengusulkan 19 cadangan mengenai manusia iaitu :
a. setiap individu wujud di dalam dunia pengalaman yang terus-menerus berubah, dan dia menjadi pusat;

b. organisma bertindak balas kepada bidang fenomologinya mengikut apa yang dialami dan dipersepsinya;
c. organisma bertindak sebagai suatu keseluruhan yang tersusun terhadap bidang fenomenologi ini;
d. organisma mempunyai suatu kecenderungan dan usaha asas iaitu untuk mencapai kesempurnaan kendiri, mengekal dan memperbaiki organisma;
e. tingakahlaku adalah pada asasnya suatu usaha organisma untuk menuju ke arah matlamat yang tertentu bagi memuaskan keperluannya yang dialamaniya di dalam bidang fenomenologi yang dipersepsinya;
f. emosi mengiring dan umumnya memudahkan tingkahlaku yang bermatlamat sedemikian;
kedudukan yang paling baik bagi memahami tingkahlaku ialah dengan memahaminya dari kaca mata individu itu sendiri;

g. sebahagian daripada keseluruhan bidang persepsi itu secara beransur-ansur akan bertukar menjadi kendiri;
h. melalui interaski dengan persekitaran, khususnya melalui penilaian interaksi dengan orang lain, struktur kendiri akan terbentuk;
i. nilai-nilai yang terdapat pada pengalaman-pengalaman dan nilai-nilai yang menjadi sebahagian daripada struktur kendiri adalah kandangkala merupakan nilai-nilai yang dialami sendiri oleh organisma, manakala pada masa-masa lainya ia merupakan nilai-nilai yang diintrojeksikan dari orang lain;
j. pengalaman-pengalaman yang dilalui di dalam kehidupan seseorang individu itu boleh (i) dilambangkan, dan dianggap sebagai berkaitan dengan kendiri; (ii) diabaikan kerana tidak nampak sebarang hubungan dengan kendiri; (iii) tidak dilambangkan, atau dilambangkan secara herot-berot kerana pengalaman-pengalaman itu tidak tekal dengan struktur kendiri.
kebanyakan daripada tingkahlaku yang disebatikan dengan kendiri adalah tingakahlaku yang tekal dengan kendiri;

k. di dalam keadaan-keadaan tertentu, tingakhlaku mungkin boleh dihasilkan oleh keperluan-keperluan dan pengalaman-pengalaman fizikal. Tingkahlaku sebegini tidak dianggap sebagai sebahagian daripada struktur kendiri, dan bila ia berlaku organisma akan menyangkalnya sebagai sebahagian daripadanya;
l. ketidaklarasan psikologi wujud apabila organisma menyangkal sesetengah pengalaman deria dan emosi yang signifikan;
m. kelarasan psikologi wujud apabila kendiri mengasimilasi secara lambang semua pengalaman deria dan emosi ke dalam konsep kendiri;

n. sebarang pengalaman yang tidak tekal dengan organisma dan struktur kendiri boleh dianggap sebagai ancaman;
o. di dalam keadaan-keadaan tertentu, terutama sekali di dalam keadaan-keadaan dimana tidak ada sebarang ancaman, pengalaman-pengalaman yang tidak tekal dengan kendiri mungkin dikaji dan jika bersesuaian diasimilasikan ke dalam struktur kendiri;
p. apabila individu mempersepsi dan menerima esmua pengalaman deria dan emosinya ke dalam suatu sistem yang tekal dan bersepadu, maka ia lebih mudah memahami dan menerima orang lain sebagai individu yang berasingan;
q. sambil individu mengalami dan menerima lebih banyak daripada pengalaman-pengalaman fizikalnya ke dalam struktur kendirinya, ia akan dapati yang ia menggantikan sistem nilainya yang ada masa kini dengan proses menilai yang berterusan.
Sekiranya diteliti semua cadangan yang dikemukakan oleh Rogers ini, dapatlah kita simpulkan bahawa anggapannya tentang sifat semulajadi manusia itu amat positif dan didorong ke arah pencapaian kesempurnaan kendiri (kesempurnaan). Setiap individu mempunyai potensi semulajadi dan keupayaan untuk berkembang dengan sihat jika suasana dan persekitarannya sesuai.

Ahad, 14 Julai 2013
KONSEP UTAMA TEORI PSIKOLOGI INDIVIDU
Antara Konsep utama dalam Teori Psikologi Individu ialah;
1. Persepsi Subjektif Realiti
Adlerians cuba melihat dunia melalui rangka rujukan subjektif klien sebagai satu orientasi yang dikenali sebagai phenomenologikal. Ia memberi perhatian kepada bagaimana manusia melihat dunia mereka secara individual. Subjektif realiti meliputi persepsi individu, fikiran, perasaan, nilai, kepercayaan, keyakinan dan konkulasi. Perlakuan dilihat dan difahami melalui pandangan jelas perspektif subjektif ini. Melalui perspektif Adlerians, objektif realiti kurang penting berbanding bagaimana manusia menterjemah realiti dan makna bagi setiap pengalaman yang dilalui.
2. Keharmonian Dan Bentuk Personaliti Manusia
Asas dalam pandangan teori Psikologi Individu ini adalah personaliti dapat difahami secara holistik dan sistematik di mana individu itu tidak dapat dibahagikan secara keseluruhan, dilahirkan, dan hidup dalam konteks kekeluargaan, masyarakat dan budaya. Manusia adalah bersifat bermasyarakat, kreatif, pembuat keputusan yang bertindak dengan bertujuan atau bermatlamat (Sherman & Dinkmeyer, 1987 dalam Corey, 2005).
Personaliti manusia akan menjadi kuat melalui perkembangan matlamat hidup (life’s goal). Fikiran, perasaan, kepercayaan, keyakinan, sikap, karekter dan keunikannya adalah reflek daripada rancangan hidup yang menjadi pemangkin kepada matlamat kehidupan seseorang itu. Implikasi daripada pandangan holistik ke atas personaliti ialah klien dilihat sebagai pelengkap kepada sistem sosial. Hubugan interpersonal lebih difokuskan berbanding dengan psikodinamik dalaman individu.
2.1. Perlakuan Bertujuan Dan Berorientasikan Matlamat
Teori Psikologi Individu Adler memandang semua manusia mempunyai tujuan dalam hidup masing-masing. Manusia meletakkan matlamat yang perlu mereka capai dan perlakuan mereka dibentuk dalam konteks matlamat yang ingin direalisasikan itu.
Asas pandangan ini adalah manusia hanya berfikir, berperasaan, dan bertindak dalam hubungan persepsi matlamat masing-masing. Oleh itu, manusia hanya dapat difahami melalui matlamat serta tujuan hidup serta cara manusia berusaha dalam merealisasikannya. Teori Adler menyentuh soal masa hadapan dan meminimakan pengaruh masa lepas.
Teori Adler dipengaruhi oleh ahli falsafah Hans Vaihinger’s (1965). Kebanyakan Adlerians mengunakan tema fictional finalism untuk merujuk kepada pusat matlamat hidup sebagai pembimbing kepada perlakuan manusia. Walau bagaimanapun, Adler sebenarnya tidak begitu selesa menggunakan tema tersebut dan menggantikannya dengan “guiding self-ideal” dan “goal of perfection” dalam menilai usaha-usaha manusia ke aras superioriti atau kesempurnaan (Watts & Holden, 1994 dalam Corey, 2005). Pada awal kehidupan lagi, manusia telah mengetahui bahawa mereka akan disukai dan dihormati sekiranya mereka berjaya, lengkap, atau sempurna serba serbi. Pandangan “guiding self-ideal” ini sekiranya diaplikasikan dalam motivasi insaniah akan dilihat dengan cara : “Hanya apabila aku berjaya maka hidup aku akan sejahtera” atau “hanya apabila aku mempunyai kejayaan barulah aku diterima”.
“Guiding self-ideal” mewakili kesempurnaan matlamat imej individu itu yang mana individu ini sanggup berusaha walau dalam apa jua keadaan. Atas faktor matlamat akhir manusia bersifat subjektif, manusia akan lebih kreatif dalam membuat pilihan kepada apakah yang akan diterima sebagai kebenaran, bagaimanakah kita berperilaku dan bagaimanakah kita menterjemahkan tindakan.
2.2. Usaha Ke Arah Superioriti
Adler menekankan usaha ke arah kesempurnaan dan mengatasi perasaan inferioriti melalui pencarian penguasaan adalah sesuatu yang semulajadi (Ansbacher & Ansbacher, 1979 dalam Corey, 2005). Untuk memahami perlakuan manusia dalah penting kita meninjau asas perasaan inferioriti. Sejak di awal kehidupan, kita mengakui bahawa kita tidak berupaya dalam pelbagai keadaan di mana ia dilihat sebagai inferioriti. Perasaan inferioriti ini bukanlah faktor yang negatif dalam hidup. Menurut Adler, kesan daripada perasaan inferioriti ini akan menjadi pemangkin kepada motivasi untuk kita berusaha ke arah superioriti. Adler melihat matlamat kejayaan dalam hidup sebagai penanda aras telah memandu manusia untuk berusaha dan menentang segala halangan dalam mencapai matlamat.
Matlamat superioriti menyumbang kepada pembangunan komuniti. Walau bagaimanapun, perlu kita ingat bahawa terma superioriti yang diguna pakai oleh Adler tidak semestinya individu itu perlu menguasai atau bersifat superior ke atas individu lain. Hakikatnya, ia lebih menjurus kepada bagaimana individu itu meletakkan kedudukannya daripada peringkat bawahan kepada peringkat atasan; dan daripada perasaan negatif kepada perasaan positif. Kejayaan dan pengalaman zaman kanak-kanak dan remaja Adler telah menjadikan beliau sebagai contoh dalam aspek teori psikologi individu ini.
2.3. Gaya Hidup
Gaya hidup pada asalnya dinamakan sebagai perancangan hidup yang merujuk kepada manusia yang unik dalam mencapai matlamat. Gaya hidup kita yang unik ini telah dibentuk semasa lima tahun yang pertama. Pengalaman kemudiannya diterjemah berpandukan pengalaman awal. Cara ini timbul sebagai reaksi kepada inferioriti manusia sama ada ia nyata atau hanya khayalan. Apabila perasaan ini telah dibentuk, ia sukar diubah.
3. Kepentingan Bermasyarakat Dan Berkomuniti
Kepentingan masyarakat (sosial) dan perasaan berkomuniti (Gemeinschaftsgefuhl) merupakan konsep penting dalam teori Adler (Ansbacher, 1992). Terma ini merujuk kepada kesedaran individu tentang keterlibatan individu sebagai sebahagian daripada komuniti manusia dan sikap individu dalam mendepani dunia sosial.
Kepentingan masyarakat (sosial) adalah meliputi usaha dalam memberikan masa depan yang lebih baik in term of humanity. Proses sosialisasi yang bermula seawall zaman kanak-kanak, meliputi mendapatkan tempat dalam masyarakat, rasa kekitaan (sense of belonging) dan menyumbang sesuatu kepada masyarakat (Kefir, 1981 dalam Corey, 2005).
Kepentingan masyarakat (sosial) adalah satu perkara yang diajar, dipelajari dan diapalikasikan. Adler menyatakan kepentingan sosial adalah nilai dimana rasa identifikasi dan berempati kepada orang lain : “to see with the eyes of another, to hear with the eras of another, to feel with the heart of another” (seperti yang disebut di dalam Ansbacher & Ansbacher, 1972, dalam Corey, 2005). Kepentingan masyarakat (sosial) adalah merupakan pusat indikator kesihatan mental. Individu yang mempunyai nilai kepentingan sosial mengarahkan kehidupan yang lebih sihat dan hidup lebih bererti. Daripada perspektif teori Adler, sekiranya nilai kepentingan masyarakat (sosial) tinggi, maka, tidak akan wujud rasa rendah diri (inferiority) dan ketidaksamaan (alienation) di dalam diri individu tersebut.
Teori Psikologi Individu percaya bahawa kesejahteraan, kebahagiaan dan kejayaan dikaitkan dengan perhubungan sosial ini. Individu yang kurang perasaan berkomuniti akan menjadi tidak berdaya saing dan akan hidup dalam keadaan yang tidak berfungsi. Adler menekankan bahawa manusia tidak dapat difahami secara isolasi daripada konteks masyarakat. Kita mencari tempat dalam keluarga dan masyarakat untuk memenuhi keperluan untuk keselamatan, penerimaan dan harga diri. Kebanyakkan masalah yang dialami oleh kita adalah rasa ketakutan sekiranya tidak diterima oleh masyarakat. Sekiranya rasa kekitaan (sense of belonging) tidak dipenuhi, maka kita akan menghadapi anxiety. Hanya apabila kita bersatu bersama individu lain barulah kita mampu untuk berdaya saing dalam mendepani masalah-masalah yang kita hadapi (Adler, 1964).
Adler menekankan bahawa, kita perlu memenuhi tiga tugas utama kehidupan :
a. Membina persahabatan (tugas sosial)
b. Memperkukuhkan hubungan (tugas kasih-perkahwinan)
c. Menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat (tugas pekerjaan)
Semua individu perlu memenuhi ketiga-tiga tugas utama ini tanpa mengira usia, gender, masa, budaya dan warna kulit. Dreikurs dan Mosak (1967), dan Mosak dan Dreikurs (1967) menambah 2 lagi tugas kehidupan ini iaitu :
a. Penerimaan kendiri (self-acceptance)
b. Membangunkan dimensi spiritual (nilai, matlamat hidup dan hubungan dengan alam semesta)
Tugas-tugas kehidupan ini adalah merupakan asas kepada kehidupan manusia dan ketidak fungsian pada mana-mana tugas tersebut dilihat sebagai indikator kepada masalah-masalah psychological disorder (American Psychiatric Association, 2000).
4. Hubungan Dan Aturan Kelahiran Anak
Pendekataan Adlerian agak unik dalam memberi perhatian kepada hubungan antara adik beradik dan aturan psikologikal kelahiran dalam satu keluarga. Adler mengenalpasti lima aturan psikogikal ini : anak sulung, anak kedua, anak yang ditengah-tengah, anak bongsu dan anak tunggal. Hal ini kerana, Adlerians melihat kebanyakkan masalah manusia seperti masalah sosial adalah bermula daripada masalah dalam keluarga.
4.1. Anak Sulung
Anak sulung secara amnya mendapat perhatian yang sempurna ketika pada awal kelahirannya. Anak ini akan bergantung dan berusaha untuk terus menjadi perhatian. Apabila adiknya dilahirkan, anak ini akan merasakan dirinya tidak lagi diberikan perhatian. Anak ini tidak lagi unik dan istimewa. Anak ini akan melihat adiknya sebagai perampas kepada kasih sayang ibubapa yang seharusnya adalah milik anak ini.
4.2. Anak Kedua
Secara tipikal, anak kedua berlumba-lumba untuk mendapatkan perhatian ibubapa. Persaingan ini akan memberi kesan kepada hubungan seterusnya dalam hidup anak ini. Anak kedua kebiasaanya tidak mahu mengalah dan berusaha untuk mencari kelemahan abang atau kakaknya agar anak ini kelihatan hebat dan mendapat pujian daripada ibubapa serta guru-gurunya melalui mencapai kejayaan yang gagal diperoleh oleh kakak atau abangnya. Anak kedua biasanya akan sentiasa tidak sefahaman dengan anak sulung.
4.3. Anak Tengah
Anak tengah merasakan diri mereka tidak dilayan secara adil. Anak tengah biasanya menjadi “switchborad” dan pendamai. Contohnya, dalam empat adik beradik, anak kedua dilihat sebagai anak yang tengah dan anak yang ketiga lebih easygoing, sosial dan rapat dengan anak yang pertama.
4.4. Anak Bongsu
Anak bongsu adalah intan permata dalam keluarga. Kebiasaanya dimanjakan. Anak bongsu kebanyakkannya lebih selesa bertindak mengikut cara mereka sendiri. Anak bongsu kebiasaannya akan membuat sesuatu cara atau keputusan yang tidak pernah difikirkan oleh keluarganya sebelum ini.
4.5. Anak Tunggal
Anak tunggal tidak akan dapat mempelajari berkongsi atau berkerjasama dengan anak-anak yang lain. Anak tunggal biasanya mempunyai sikap kebergantungan kepada ibubapa atau salah seorang daripadanya. Anak ini biasanya menjadi perhatian kasih sayang ibubapa dan sekiranya perhatian ini digugat, maka anak ini akan merasakan dirinya diperlakukan secara tidak adil.
Aturan kelahiran dan interpretasi ke atas kedudukan seseorang dalam keluarga merupakan acuan utama dalam bagaimana kita berhadapan dengan dunia luar. Dalam terapi Adlerian, berhadapan dengan masalah keluarga, hubungan adik beradik merupakan kunci utama dalam penyelesaian masalah ini. Walaupun kita perla mengelak daripada bersifat stereotaip, pendekatan ini membantu dalam melihat bagaimana personaliti individu itu bermula seawal zaman kanak-kanak dan pengaruh persaingan adik beradik ke atas kehidupan masa depan individu itu.
5. Punca Perasaan Rendah Diri
Inferioriti Kompleks (Inferiority complex) adalah dikaitkan dengan ketidaksempurnaan organ seperti cacat fizikal dan sebagainya. Mereka yang cacat ini akan alami inferiority kompleks. Untuk mengatasi perasaan ini, motivasi dialihkan kepada aspek diri yang lebih berkebolehan. Terdapat empat punca yang menyebabkan seseorang mengalami perasaan rendah diri;
1. Kecacatan fizikal. Ianya adalah berkaitan dengan bahagian tubuh badan yang cacat. Untuk menggantirugi (compensate) yang cacat itu, seseorang individu akan tumpukan padanya (untuk melakukan yang terbaik (iaitu akan berusaha bersungguh-sungguh) untuk menggelakkan kegagalan yang boleh menyebabkan inferiority kompleks.

2. Anak yang terlalu dimanjakan. Anak yang terlalu dilindungi, didominasi dan dimanjakan apabila dewasa nanti akan menjadi seorang yang terlalu bergantung, tidak yakin dan kurang minat bersosial dan akan mendahulukan kepentingan diri sendiri.
3. Anak yang terbiar dan disisih serta tidak dipedulikan. Pengabaian dan penolakan daripada ibu bapa akan menjadikan anak kurang percaya dan sisihkan diri daripada interaksi sosial. Apabila dewasa nanti akan menjadi seorang yang tidak berganung pada orang lain, menyisih diri, kurang minat sosial, dan berisiko untuk menjadi penjenayah.
4. Kecacatan mental (mental illness).
Langgan:
Catatan (Atom)