Selasa, 29 November 2011

SEDEKAH PEMBUKA PINTU SYURGA

Tidak seperti biasanya, hari itu Saidina Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal menjelang asar. Saidatina Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Saidina Ali membawa wang lebih banyak kerana keperluan di rumah makin besar. Sesudah melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. "Maaf sayangku, kali ini aku tidak membawa wang sesenpun." Fatimah menyahut sambil tersenyum, "Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki kuasa itu adalah Allah S.W.T." "Terima kasih," jawab Ali. Matanya memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap kecewa atau sedih.


Saidina Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan dia diberhentikan oleh seorang tua. "Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?" Ali menjawab dengan hairan. "Ya betul. Ada apa tuan?". Orang tua itu mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: "Dahulu ayahmu pernah ku suruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya." Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.


Tentu saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia (Fatimah) menyuruh membelanjakannya semua agar tidak merisaukan lagi keperluan sehari-hari.


Ali pun bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat seorang fakir menadahkan tangan, "Siapakah yang mahu menghutangkan hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang kehabisan bekal di perjalanan." Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan seluruh wangnya kepada orang itu.

 
Pada waktu ia pulang dan Fatimah kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum, berkata, "Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu syurga untuk kita."


Pengajaran :

1). Kesopanan Dan Ketaatan Fatimah Terhadap Ali Suaminya Perlu Dicontohi Wanita Masakini.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nisa', Ayat 34 :

"Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya),"


Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki."


"Wanita yang mati dalam keredhaan suaminya redha (tidak marah) padanya, nescaya ia masuk syurga."


2). Keyakinan Dan Kesabaran Sebenar Terhadap Rezeki Allah Yang Ditunjukkan Fatimah Dapat Memberi Ketenangan Dan Ketenteraman Dalam Hadapi Setiap Ujian (Demi Mendapat Akhirat). Hakikatnya Manusia Akan Mendapat Ganjaran Tambahan Di Dunia Bagi Mereka Yang Mengejar Akhirat Sebagaimana Janji Allah.
Firman Allah dalam Surah Asy-Syura, Ayat 20 :

"Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya (di dunia) dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak."


3). Walau Dalam Keadaan Sangat Susah, Ali Tetap Tidak Meninggalkan Kewajipannya Menunaikan Solat Berjemaah Dengan Penuh Ketenangan Dan Bersabar. Inilah Ketaqwaan Sebenar Seorang Muslim Dan Semestinya Hasil Taqwa Ini Akan Memberi Impak Pada Perjalanan Hidup Dalam Keadaan Tidak Disangka-Sangka.


Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 153 :

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman, Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar."


Firman Allah dalam Surah At-Thalaq, Ayat 2 – 3 :

"Sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."


Hadis Rasulullah S.A.W. kepada Ibnu Abbas :

"Daripada Abu Al-'Abbas, Abdullah ibnu Abbas, R.A. رضي الله عنهما beliau berkata :
Aku pernah duduk di belakang Nabi S.A.W pada suatu hari, lalu Baginda bersabda kepadaku : Wahai anak, sesungguhnya aku mahu ajarkan engkau beberapa kalimah : Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu. Peliharalah Allah nescaya engkau akan dapati Dia di hadapanmu. Apabila engkau meminta, maka pintalah dari Allah. Apabila engkau meminta pertolongan, maka mintalah pertolongan dengan Allah. Ketahuilah bahawa kalau umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu manfaat kepadamu, mereka tidak akan mampu memberikanmu manfaat kecuali dengan suatu perkara yang memang Allah telah tentukan untukmu. Sekiranya mereka berkumpul untuk memudharatkan kamu dengan suatu mudharat, nescaya mereka tidak mampu memudharatkan kamu kecuali dengan suatu
perkara yang memang Allah telah tentukannya untukmu. Pena-pena telah diangkatkan dan lembaran lembaran telah kering (dakwatnya). "


4). Menjadikan Sedekah Sebagai Amalan Ikhlas Membuatkan Allah Kasih Kepada Kita Dan Akan Memperluaskan Bagi Kita Akan Pintu Rezki Yang Berlipat Ganda Sejak Didunia Lagi Dan Sekaligus Pintu Syurga Kelak.


Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 245 :

"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah yang menyempit dan yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan. "


Firman Allah dalam Surah Al-Hadid, Ayat 18 :

"Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia."


Firman Allah dalam Surah Al-Imran, Ayat 180 :

"Dan janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari kurnia-Nya menyangka bahawa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi."


Hadis Rasulullah S.A.W. :

"Barang siapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain (bersedekah) ."

TUGAS MENCARI REZEKI

Bertugas dan bekerja mencari rezeki dari limpah kurnia Allah adalah sifat mulia yang disanjung tinggi oleh Islam. Dengan bekerja kita bukan sahaja membangunkan diri sendiri, tetapi juga membantu ekonomi keluarga, masyarakat dan negara. Dengan adanya rezeki yang mencukupi, setiap individu atau keluarga muslim terselamat dari belenggu kemiskinan dan bergantung hidup kepada orang lain. Islam sebagai agama yang suci sentiasa menyeru manusia membebaskan diri dari belenggu kefakiran dan kemalasan diri. Islam menuntut umatnya agar sentiasa berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki, tidak kira samada bekerja sendiri atau makan gaji.

Tanggungjawab bekerja tidak boleh dipandang ringan, atau dibuat sebagai acuh tak acuh, atau sambil lewa sahaja. Kita perlu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tugas kerana ianya dikira sebagai ibadah bagi setiap kita orang beriman. Ini ditegaskan oleh Allah S.W.T. dalam Al-Quran :

Maksudnya : " dan katakanlah ( Wahai Muhammad ) : beramallah kamu ( akan segala yang diperintahkan ), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada ( Allah ) yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan ". ( Surah At-Taubah, Ayat : 105 )

Maka kepuasan bekerja adalah nikmat yang sukar dinilai dan disebut. Ia hanya dapat dirasai oleh individu itu sendiri. Sesungguhnya nikmat yang diberikan kepada manusia amat banyak, sehingga menjadikan kehidupan ini serba lengkap dan sempurna. Tidak ada yang lebih besar nilainya dari nikmat yang diberikan Allah kepada manusia sesudah iman, melainkan kesihatan. Apabila badan dan akal fikiran seorang mukmin sihat, maka hidupnya akan terasa nikmat, bahagia dan damai. Ia akan bekerja dengan penuh ghairah dan hasilnya akan semakin bertambah, serta ia lebih optimis untuk menghadapi masa depannya.

Semua ini termasuk dalam Sunnatulallah bahawa kehidupan itu diberikan kepada orang yang sihat dan kuat. Mereka inilah yang akan mampu membangun dunia ini dengan baik .

Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya : " dan demi sesungguhnya, kami telah tulis didalam kitab-kitab yang kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz : bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang Soleh . Sesungguhnya Al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang cukup bagi orang-orang yang cita-citanya mengerjakan ibadah ( kepada Allah dengan berilmu ) ". ( Surah Al-Anbiyaa, Ayat : 105-106 )

Sesuatu bangsa menjadi kuat apabila rakyatnya kuat, dan rakyat yang kuat terdiri dari individu yang kuat pula, baik tubuh badannya, akalnya, mahupun kemahuannya. Jika bangsa telah menjadi kuat, maka ia akan hidup dihormati serta disegani oleh kawan dan lawan. Sebaliknya mereka yang lemah akan berada tepian kehidupan, mereka akan menjadi mangsa kepada orang yang rakus dan kuat, itulah tradisi kehidupan.
 
Pembinaan sahsiah, pengukuhan kualiti insan dan kerohanian perlu ditunjangi dengan akidah dan keimanan kepada Allah S.W.T. keimanan ini boleh menjadi benteng paling ampuh menangani gejala negatif. Keimanan dan Aqidah yang mantap hanya akan terhasil melalui hati dan rohani yang suci serta asas keiamanan yang kukuh, ketaqwaan dan kepatuhan kepada agama, diikuti penjanaan ilmu yang diperkukuh dengan tarbiah efektif, mampu melahirkan insan yang mempunyai kekuatan dalaman, untuk mencontohi akhlak Rasulullah S.A.W. yang mengungguli nilai sejagat. Maka, dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab, adalah amat penting setiap individu memiliki sifat amanah, bersih, cekap, bersopan santun, berdisiplin, suka bekerjasama, suka mengajar ilmu, berlapang dada, toleransi dan sentiasa ikhlas melaksanakannya kerana Allah S.W.T.

Bagi membentuk modal insan yang berkualiti, kita perlu berpegang kepada nilai-nilai yang menjadi prinsip-prinsip profesionalisma. Nilai-nilai seperti benar, amanah dan telus bukan sahaja perlu tapi wajib ada dalam diri setiap insan. Nilai-nilai ini dapat menggambarkan bahawa jentera negara terdiri dari golongan yang berhati mulia. Maka pendidikan dan penyebaran ilmu bagi menghasilkan sumber insan yang berkualiti wajar dikembangkan. Ini kerana sumber manusia berilmu dan berkemahiran menjadi rebutan dan aset yang amat berharga dimasa hadapan. Malahan, orang berilmu lebih takut kepada Allah berbanding mereka yang kurang ilmunya.

Perkara lain yang perlu untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti, adalah daya ketahanan yang kuat samada dari mental mahupun fizikal. Dengan nilai kemanusiaan inilah manusia diberi amanah sebagai khalifah Allah muka bumi ini. Ia hanya akan wujud apabila manusia benar-benar mengabdikan diri kepada Allah. Sentiasa mensyukuri nikmat-Nya, beriltizam dengan ilmu, berusaha bersungguh-sungguh dan mengamalkan akhlak mulia.

Firman Allah S.W.T. :
Maksudnya : " dan carilah apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu ( kebahagiaan ) akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaan kamu dari ( kenikmatan ) duniawi, dan berbuat baiklah kamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di ( muka ) bumi, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. " ( Surah Al-Qasas, Ayat : 77 )

ULAMA DAN PRAMUGARI

Saya teringat satu kisah yang menimpa seorang ulama sewaktu dia dalam penerbangan. Apabila tiba waktu solat, dia pun pergilah ke tandas untuk berwuduk. Al maklum, tandas di dalam kapal terbang memang sempit, maka dia pun terpaksalah membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala dia sedang mengangkat salah satu daripada kakinya ke sinki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan segera menegurnya.

Pramugari : (Dengan suara dikeraskan) Tuan tak boleh memasukkan kaki ke dalam sinki itu.

Ulama : Mengapa?

Pramugari : Kotorlah sinki itu nanti.

Ulama : Tapi tidak disediakan gayung untuk saya mencuci kaki di mangkuk tandas.

Pramugari : Itu bukan alasan membasuh kaki di sinki.

Ulama : Habis, kalau saya hendak membasuh kaki di mana harus saya membasuhnya?

Pramugari : Tak perlu mencuci kaki ketika menaiki kapal terbang.

Ulama : (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Pramugari : Tuan, orang macam saya paling tidak cuci muka sekali atau dua kali sehari. Takkan tuan tak tahu pramugari macam kami perlu jaga penampilan wajah. Kami kena rawat wajah kami setiap masa. Kami kena pastikan orang puas hati walau hanya dengan melihat wajah kami.

Ulama : Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, satu kali cuci tiga kali berturut-turut, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.

Jawapan seperti ini bukanlah pula hendak merendah-rendahkan orang lain tetapi sekadar membuat perbandingan ciri orang beriman bersama bukti dengan orang beriman tanpa bukti. Orang yang beriman bersama bukti, walau apa pun keadaannya dia akan lakukan semua kewajipan biarpun susah, sebaliknya orang beriman tanpa bukti berpegang teguh pada suara hati tetapi tidak sanggup atau kecundang tatakala diberikan sedikit ujian.

Sabtu, 26 November 2011

KEKELUARGAAN DI ERA GLOBALISASI

Era Globalisasi merupakan fenomena pengucupan ruang dan masa. Pendedahan kepada teknologi maklumat yang meluas menyebabkan manusia berada di dalam ruang dunia yang lebih kecil manakala kecanggihan sistem pengangkutan membolehkan mobiliti manusia dengan mudah dan pantas. Menurut Waters (1995), proses globalisasi telah mendorong masyarakat bergerak bebas dari satu lokasi ke lokasi lain yang merentangi sempadan negara-negara yang berada sangat jauh di antara satu sama lain. Ini bermakna proses globalisasi, dikatakan mampu merapatkan penduduk dunia yang pelbagai bangsa, bahasa dan budaya ke satu arah yang lebih sejagat sifatnya. Pergerakan yang berlaku ini berpunca daripada faktor penghijrahan untuk mencari kehidupan baru, mencari peluang-peluang pekerjaan yang lebih baik ataupun tujuan-tujuan pelancongan.

 
Globalisasi dikatakan begitu berpengaruh melayari sistem kapitalisme dan seringkali berjaya menerobosi kekangan pemerintah, sempadan negara, budaya dan undang-undang. Malah proses globalisasi juga mampu melewati kawalan demokrasi institusi-institusi di peringkat kerajaan (Panitch 1996). Era globalisasi dikenali sebagai era informasi dan teknologi tetapi ia juga dipanggil sebagai era informasi.


Menurut Mittelman (1996), proses globalisasi membawa modenisasi di negara-negara membangun ke pelusuk yang paling terpencil dan mundur. Kesannya bukan sahaja dirasai oleh individu yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa tetapi juga anggota masyarakat yang menggunakan barangan dan perkhidmatan import. Proses ini bukan sahaja membentuk satu ruang multi-budaya yang unik tetapi juga menimbulkan banyak gangguan seperti pergolakan sosial, tekanan politik dan kejutan serta konflik budaya.

 
Dari satu aspek, globalisasi telah menyumbangkan penjimatan masa kepada manusia dan kelapangan masa tersebut boleh diisi dengan aktiviti-aktiviti kekeluargaan, tetapi dari satu aspek yang lain penggunaan teknik pengeluaran just - in – time, aplikasi kerja mengikut syif dan tele-cottage dikatakan telah menyebabkan seseorang itu bekerja lebih masa dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk bersama keluarga. (Naisbitt 1982). Waters (1995), seseorang ahli sosiologi telah mengkonsepsikan globalisasi sebagai proses sosial yang mengurangkan pengaruh geografi terhadap susunan sosial dan budaya.

 
Secara umumnya, proses globalisasi boleh mengubah sistem nilai dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat di sesebuah negara atau dunia seluruhnya. Dalam konteks ini, perbincangan akan berdasarkan kepada sejauh manakah globalisasi berupaya mengubah sistem kekeluargaan dan pembangunan sesebuah masyarakat serta kesannya kepada kesejahteraan negara.


Cabaran Wanita Bekerjaya

Seiring dengan matlamat utama Dasar Wanita Negara bagi menjamin perkongsiaan saksama manfaat pembangunan dan mengintegrasikan wanita dalam semua sektor pembangunan negara selaras dengan kemampuan dan kehendak wanita bagi mempertingkatkan mutu kehidupan, membasmi kemiskinan, menghapus kejahilan dan buta huruf, dan menengakkan negara aman, makmur dan sentosa, maka wanita turut sama terpaksa berhadapan dengan cabaran era globalisasi. Sama ada seseorang wanita itu bekerjaya mahupun tidak, wanita tidak boleh lari dari peranan fitrah kejadiannya iaitu sebagai isteri dan ibu yang merupakan tunjang kepada kebahagiaan sesebuah keluarga:

a).Keluarga merupakan institusi sosial paling asas yang berfungsi menghubungkan individu dalam masyarakat dengan institusi sosial yang lain seperti ekonomi, politik dan pendidikan.

b).Keluarga boleh memainkan tugas penting dalam menentukan kestabilan dan kesejahteraan masyarakat melalui fungsi sebagai agen pembaikan semula sumber perlindungan, agen sosialisasi, kawalan tingkah-laku, sumber sokongan emosi dan menyediakan status sosial.

c).Proses komunikasi dalam keluarga pula merupakan unsur signifikan yang menentukan perananan-peranan yang boleh dimainkan oleh setiap individu.


Globalisasi telah merangsangkan pertumbuhan syarikat-syarikat transnasional yang turut melibatkan penyertaan kaum wanita dalam arus perdana sistem perekonomian. Penyertaan kaum wanita dalam perkembangan penggunaan tenaga sumber manusia sedikit sebanyak memberi kesan sampingan kepada institusi keluarga yang mana tugas utama wanita tidak lagi hanya setakat menjaga anak dan menguruskan rumahtangga mereka seperti yang dilakukan sebelum ini. Dalam kehidupan moden lazimnya, kebanyakan pasangan suami isteri bekerja dan tugas penjagaan anak telah berubah samada kepada saudara-mara atau kepada pengasuh-pengasuh yang diupah. Keadaan ini telah mengubah peranan dan fungsi keluarga. Globalisasi juga bukan hanya meningkatkan penyertaan golongan wanita dalam perkembangan perekonomian tetapi juga turut mengubah komposisi keluarga daripada tradisional kepada nuklear. Perubahan dalam proses sosialisasi yang ditinggalkan oleh institusi keluarga berupaya meningkatkan tingkahlaku divian di dalam masyarakat.


Cabaran Terhadap Nilai

Perubahan dalam sistem nilai dan budaya turut memberi kesan kepada institusi keluarga. Proses sosialisasi yang dipengaruhi oleh era global telah merubahkan corak pembelajaran mengenai nilai, norma, tradisi dan kepercayaan sesebuah masyarakat. Perubahan dalam corak perkahwinan samada perkahwinan lewat atau perkahwinan campur, mempunyai saiz keluarga yang kecil dan tinggal jauh dengan sanak-saudara boleh mengancam keseimbangan nilai budaya dan norma kehidupan yang diamalkan oleh masyarakat tersebut. Proses mengadaptasikan nilai dan budaya samada bersifat universal atau global telah menyumbangkan kepada wujudnya masalah penagihan dadah, jenayah remaja dan lepak di negara ini. Budaya universal atau global ini dipengaruhi oleh budaya barat dan penularan budaya barat dalam kehidupan masyarakat di negara-negara membangun banyak dipengaruhi oleh perkembangan media massa, gaya hidup elit, mewah, canggih dan senang yang digambarkan menyebabkan masyarakat kehilangan arah dan tujuan hidup.

 
Pendominasian budaya barat perlu diawasi supaya ianya tidak menelan budaya dan identiti sendiri dan sekaligus meruntuhkan institusi kekeluargaan di negara ini. Hakikatnya, fenomena Europeanisation dan Americanisation semakin berkembang dan berpengaruh di negara-negara membangun termasuklah negara kita. Keadaan ini berlaku selari dengan perkembangan proses globalisasi. Budaya global dilihat sebagai elemen yang menghakis kebudayaan setempat dan sekaligus mewujudkan satu budaya yang bersifat hemogen.


Cabaran ICT

Penggunaan internet dan pelayaran di lebuhraya siber telah mengakseskan pelbagai maklumat dari seluruh pelusuk dunia dengan mudah dan pantas. Perkembangan teknologi ini seolah-olah telah mengecilkan ruang dunia dan dunia seperti tidak mempunyai sebarang rahsia.


Dalam masyarakat tradisional, seseorang individu mengidentifikasikan diri mereka mengikut landasan agama yang diikuti atau bangsa yang menjadi keturunan mereka. Ketaatan kepada kerajaan dan agama adalah ciri yang paling menyerlah dalam mengidentifikasikan diri mereka di peringkat global. Sifat ini telah berubah dalam kehidupan moden kerana sifat-sifat individualistik, materialistik dan kompetatif telah mendominasi dalam corak kehidupan di abad ini. Peranan agama dalam kehidupan telah dipinggirkan kerana pengaruh sekularisme dan budaya pembaratan yang menonjol.


Cabaran Sosial

Globalisasi juga telah mengubah corak perhubungan sosial keluarga dan masyarakat. Perkembangan sistem kapitalisme dan sikap mementingkan keuntungan individu menyebabkan ketiadaan masa untuk mewujudkan hubungan kekeluargaan yang sejahtera. Dalam masyarakat global hubungan yang terjalin adalah lebih kompleks kerana ia melibatkan organisasi yang besar. Ini menyebabkan berlakunya hubungan sosial yang rigid di dalam rangkaan yang sempit untuk menjalinkan hubungan yang mesra. Ia juga dibatasi dengan kekangan yang diwujudkan oleh organisasi atau menurut pandangan Max Weber sebagai birokrasi. Dalam masyarakat moden yang dipengaruhi oleh globalisasi peranan kerajaan didapati tidak begitu berkesan untuk membentuk pemikiran rakyat. Peranan media dan individu yang berkarisma lebih signifikan dalam pembentukan pemikiran.


Pengwujudan masyarakat global seterusnya amalan budaya dan kod etika global boleh mengancam identiti dan budaya sedia ada yang dipegang oleh sesebuah masyarakat. Walaupun amalan budaya dan etika global dianggap memberi kesejahteraan kepada keadilan sosial tetapi dalam masa yang sama ianya boleh meruntuhkan kepelbagaian budaya yang lain yang telah wujud sekian lama dengan uniknya. Amalan budaya global melahirkan masyarakat yang bersikap individualistik, memikirkan manfaat diri sendiri dan kurang berminat mewujudkan hubungan kekeluargaan. Kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi menyebabkan mereka kurang memerlukan bantuan orang lain dan lebih berdikari. Hubungan kekeluargaan menjadi semakin renggang apabila komunikasi antara anggota keluarga berkurangan. Dalam hal ini, proses sosialisasi dikatakan berjalan dalam keadaan yang kurang sempurna dan fungsi-fungsi lambat laun boleh musnah. Apabila institusi keluarga dalam masyarakat terancam ia mampu menjejaskan kestabilan hubungan di antara institusi ini dengan institusi-institusi sosial yang lain.


Menangani Era Globalisasi

Walau apapun cabaran yang wujud ekoran tempias globalisasi, peranan wanita sama ada bekerjaya mahupun tidak, hendaklah kembali kepada peranan fitrahnya. Jika tidak, tempias globalisasi boleh menjadi puting beliung kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Wanita sebagai tunjang kepada keluarga perlu kuat, kental dan kukuh agar keluarganya tidak hancur dihempas gelombang era globalisasi ini. Antara persiapan/ persediaan/ benteng pertahanan yang perlu ada antaranya ialah 1.) Ilmu Pengetahuan - informasi; 2). Kemahiran
Rol Model; 3). Pemantauan; 4). Memastikan Matlamat Keluarga Tercapai; 5). Masa Berkualiti; dan 6). Komitmen/ Perihatin/ Kepekaan.

INVENTORI PSIKOLOGI BOLEH MENERANGKAN TENTANG PRESTASI DAN TINGKAH LAKU INDIVIDU

Ujian psikologi secara amnya boleh didefinisikan sebagai aplikasi prosedur yang sistematik dalam usaha meninjau dan menerangkan tingkah laku dengan menggunakan skala numerik atau kategori-kategori tertentu (Cronbach, 1990). Kaplan dan Sacuzzo (1989) pula mendefinisikan ujian psikologi sebagai “satu set item yang direkabentuk untuk mengukur ciri-ciri manusia yang berhubung dengan tingkah laku”. Guion , 1965 dlm. Hamidah Hj. Abd. Ghani (1982) mensifatkan ujian sebagai pembolehubah peramal kerana ianya mengukur sifat yang ada hubungan dengan prestasi pekerjaan. Menurut Hull (1928) ujian psikologi adalah pengukuran beberapa peringkat tingkah laku individu yang dipilih dengan teliti.


Menurut Murphy dan Davidshofer (1998) sehingga kini terdapat lebih 1,000 ujian psikologi yang direkabentuk dan diterbitkan di negara barat bagi menilai pelbagai aspek psikologi, daripada inventori personaliti hinggalah kepada ujian kepintaran skor kendiri, daripada ujian pengamatan hinggalah kepada ujian bagi menilai pelbagai kemahiran kognitif. Tujuan utama ujian psikologi ini diadakan untuk membandingkan tingkah laku dua atau lebih pemohon. Lawshe dan Balma (1966) telah mengutarakan tiga tujuan utama ujian psikologi dijalankan untuk menilai kecekapan, iaitu ujian yang berhubung dengan pengetahuan serta kemahiran individu, untuk menilai prestasi pekerjaan yang cekap mengandungi soalan yang ada hubungan dengan keupayaan yang dikehendaki bagi prestasi kerja yang baik.


Lender (1965) menyatakan bahawa ujian psikologi ialah salah satu daripada teknik pemilihan kakitangan yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai diri pemohon. French (1961) berpendapat bahawa penggunaan ujian psikologi mempunyai tiga fungsi, iaitu memilih pekerja baru, menilai pekerja untuk tujuan kenaikan pangkat dan memberi khidmat nasihat kepada pekerja. Ujian yang diberikan ini dapat memberi maklumat mengenai seseorang calon dan maklumat tersebut adalah perlu untuk tujuan penilaian selain daripada mendapat gambaran menyeluruh mengenai tingkah laku individu tersebut. Penggunaan ujian-ujian psikologi sebagai satu teknik pemilihan personel dipersetujui oleh kebanyakkan pengkaji seperti French (1961), Guion (1965), Bender (1965), Lawshe dan Balma (1966) dan Meyer dan Donaho (1979).


Pada masa kini, kebanyakkan ujian begitu meluas digunakan dalam bidang pemilihan personnel. Alat ujian psikologi telah digunakan secara meluas untuk melihat sifat personal yang penting untuk menghurai dan memahami tingkah laku seseorang individu. Misalnya kecerdasan, kebimbangan, konsep kendiri dan motivasi (Murphy dan Davidshofer 1998). Kita dapat mengetahui tingkah laku seseorang melalui penghuraian atau hasil (gambaran) skor daripada ujian yang diperolehi. Keputusan alat ujian turut boleh digunakan untuk meramal tingkah laku atau pencapaian seseorang dalam pemilihan personel.


Di Malaysia, ujian peperiksaan menjadi salah satu cara ukuran persekitaran tahap pencapaian akademik individu sama ada di sekolah atau di pusat pengajian tinggi. Keputusan yang diperolehi ini akan menghuraikan tahap pencapaian seseorang individu. Skor yang diperolehi daripada ujian itu amat penting untuk digunakan di dalam bidang sains tingkah laku (Aiken (1988), Allen dan Yen (1979). Anastasi (1982) melihat ujian mempunyai peranan untuk memastikan perbezaan antara individu atau respon individu yang sama dalam keadaan yang berbeza. Ini bermakna ujian boleh digunakan untuk membuat keputusan tentang diri seseorang.


Ketepatan dalam meramal prestasi individu adalah titik tolak bagi kebanyakkan pengurusan personel yang berjaya. Penentuan kenaikan pangkat, kenaikan gaji, pemberian bonus dan penganugerahan serta ganjaran adalah bergantung kepada penilaian prestasi masa lalu.


Ujian psikologi menyediakan maklumat tentang kemahiran, kebolehan, pengalaman dan ciri-ciri yang boleh digunakan bagi menerangkan prestasi kerja masa akan datang. Bergantung kepada jenis pekerjaan, prestasinya adalah fungsi kebolehan kognitif dan bukan kognitif, pengalaman lalu, kemahiran sosial, kemahiran dalam melaksanakan tugas khusus, tahap motivasi atau gabungan daripada kesemua faktor tersebut.


Secara ringkasnya terdapat beberapa ujian yang sering digunakan dalam industri dan organisasi bagi tujuan pemilihan personel seperti Ujian Personnel Wonderlic (PW), Ujian Minnesota Clerical Test (MCT) dan Ujian Organizational Commitment Questionnaire (OCQ). Ujian Pesonnel Wonderlic adalah suatu ujian pelbagai pilihan mengandungi 50 item, terdiri darripada item lisan, matematik, gambar dan analitik adalah satu daripada contoh ujian kecerdasan. Ujian Personnel Wonderlic mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan menunjukkan korelasi yang signifikan dengan pengukuran dalam pelbagai prestasi kerja. Ujian ini dapat menerangkan prestasi kecerdasan individu berkaitan lisan, matematik dan pengamatan. Bagi calon yang mempunyai skor yang tinggi dalam ujian ini akan menunjukkan kemampuan prestasi mereka dalam setting pekerjaan.


Ujian Minnesota Clerical Test (MCT) digunakan untuk mengukur fungsi khusus pengkeranian. MCT mengandungi dua sub ujian, iaitu perbandingan angka dan perbandingan nama. Ujian mestilah dijawab dalam masa yang ditetapkan. MCT dianggap sebagai ujian kepantasan pengamatan dan ketepatan yang boleh dipercayai dengan kebolehpercayaan uji dan uji semula melebihi .70. Ini menerangkan bahawa individu yang memperolehi skor yang tinggi menunjukkan mereka mempunyai kepantasan dan pengamatan yang baik. Oleh itu ia mampu memberi input dalam proses pemilihan.


Ujian Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) digunakan untuk mengukur tahap komitmen calon tehadap organisasi. Skor yang diperolehi daripada item-item yang terdapat dalam ujian ini dapat menerangkan persepsi atau tanggapan calon terhadap kesetiaan kepada organisasi, kesudian menyumbang lebih tenaga untuk bersama-sama mencapai matlamat organisasi dan penerimaan nilai organisasi.


Berdasarkan huraian di atas dapat disimpulkan bahawa inventori psikologi sememangnya sebagai peramal dalam menerangkan prestasi tingkah laku individu. Keputusan yang diperolehi daripada sesuatu ujian yang dijalani oleh seseorang individu akan menghuraikan perkara yang diukur.

Sabtu, 19 November 2011

KASIH SAYANG ASAS KEBAHAGIAN INTITUSI KELUARGA

Intitusi Keluarga merupakan asas pembinaan sesebuah masyarakat. Maju dan bahagiannya sesebuah masyarakat itu amat bergantung kepada Intitusi Keluarga yang berkualiti. Justeru itu syariat Islam menjadikan perkahwinan sebagai satu peraturan yang wajib di hayati, demi menjamin kerukunan hidup berumah tangga.

Perkara ini telah di nyatakan oleh Allah S.W.T dalam surah Ar-rum ayat 21: 

Maksudnya : ”Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah dan rahmatMu, bahawa dialah yang menciptakan untuk kamu kaum lelaki (isteri-isteri dari jenis kaum kamu sendiri) supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan di jadikan antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan.”


Islam adalah agama yang mementingkan hubungan kasih sayang. Kasih sayang adalah fitrah semua jadi yang Allah bekalkan di dalam naluri setiap insan. Ini bererti kasih sayang tidak mengenal waktu, jarak, tempat kedudukan dan pangkat. Dengan sebab itu, Allah S.W.T meletakkan syarat untuk memperolehi rahmatnya adalah dengan berkasih sayang antara sesama manusia. Ini ditegaskan dalam sebuah hadis yang berbunyi:

Rasulullah SAW bersabda:

" مَنْ لاَ يَرْحَمِ النَّاسَ لاَ يَرْحَمْهُ اللهُ "

Maksudnya : ”Barang siapa tidak menyayangi manusia, Allah tidak akan menyayanginya.”
(H.R. Al-Termizi)


Hadis di atas menekankan kepada umat Islam agar hidup berkasih sayang dan sentiasa memelihara persaudaraan, dengan jaminan kurniaan rahmat oleh Allah s.w.t kepada mereka yang berakhlak penyayang.


Sifat kasih sayang amat penting dan begitu di tekankan oleh islam khususnya dalam pembinaan sebuah keluarga bahagia. Bagi memperolehi kasih sayang yang sebenar dalam kehidupan sebuah rumah tangga seseorang itu perlu menjalinkan hubungan yang harmonis di antara seluruh anggota keluarga dengan sentiasa kasih mengasihi, saling menghormati serta bantu membantu di antara satu sama lain. Semua pihak perlu tahu akan peranan dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Terdapat beberapa faktor yang dapat menyuburkan kasih sayang untuk pembinaan sebuah keluarga bahagia. Antaranya ialah:


Pertama, Faktor Kasih Sayang Antara Suami Dan Isteri:

Sebuah keluarga yang bersifat mawaddah dan rahmah bermula daripada ikatan perkahwinan. Bagi melahirkan kasih sayang yang sebenar di antara suami dan isteri kedua-dua pihak perlu tahu akan peranan dan tanggung jawab masing-masing. Isteri bertanggungjawab melayani dan mentaati suami manakala suami pula berperanan sebagai pelindung dan tempat bergantung isteri dan ahli keluarga. Islam juga menganjurkan para suami agar sentiasa bergaul dengan isteri secara maaruf ( baik).

Allah menegaskan hal ini dalam surah An-nisa ayat 19 yang berbunyi.

Maksudnya : ”Wahai orang2 beriman tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan2 dgn jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka dengan menahan dan menyusahkan mereka kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali apabila mereka telah melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu merasa benci dengan mereka di sebabkan dengan tingkahlaku mereka, jgnlah pula kamu terburu-buru menceraikannya kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebajikan yang banyak bagi kamu.”

Hakikat ini diperjelaskan lagi dgn sabda baginda baginda S.A.W yang berbunyi:

" خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَاَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِيْ "

Maksudnya : ”Sebaik-baik di kalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya dan aku adalah yang paling baik pada isteriku..” (Hadis Riwayat Al-Termizi)


Faktor Kedua Ialah Kasih Sayang Antara Anak-Anak Dengan Ibubapa.

Sebagaimana ibu dan bapa memberikan kasih sayangnya kepada anak-anak, maka islam juga menganjurkan supaya anak-anak juga memberikan kasih sayang terhadap kedua ibu bapa mereka. Tegasnya anak-anak mestilah menyayangi dan mengasihi ibu bapa, mematuhi segala perintah dan nasihat keduanya, mengunakan kata-kata yang lemah lembut serta beradab, tidak menyinggung perasaan dan menyakitkan hati kedua ibubapa. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Isra’ ayat 23 yang berbunyi:

Maksudnya : ”Dan tuhanmu telah perintahkan supaya tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibubapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan ”Ahhh...” dan janganlah engkau mengherdik mereka tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”

Anak-anak mestilah menunjukkan tanda kesyukuran dan rasa berterima kasih terhadap jasa kedua orang tuanya yang sudah bersusah payah mendidik dan membesarkannya dengan cara sentiasa bertanya khabar dan mengambil berat kepada kedua ibubapa, lebih-lebih lagi kepada kedua ibu bapa yang lemah dan uzur. Adalah menjadi kewajipan kepada anak-anak memperuntukkan masa khas untuk memenuhi keperluan ibubapa dari segi makan minum, pakaian, perubatan dan kasih sayang sebagaimana mereka berikan kepada kita sewaktu kita kecil dahulu. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan kedua ibubapa kita tidak mampu membalasnya, walau dengan apa pun sumbangan yang kita berikan kepada mereka.

Firman Allah dalam surah Al-Lukman ayat 14:

Maksudnya : ”Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan yang demikian itu, Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibubapamu dan kepadaku jua tempat kembali.”


Oleh itu janganlah kita leka dengan kehidupan dan tugas-tugas seharian sehingga kita lupa akan tanggungjawab kita sebagai seorang anak lebih-lebih lagi apabila ibubapa kita telah meninggal dunia. Sebagai anak yang soleh maka hendaklah kita selalu berdoa kepada keduanya sebagaimana Firman Allah dalam surah Isra’ ayat 24 yang berbunyi.

Maksudnya : ”Wahai tuhanku ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibubapaku serta kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku semasa aku kecil.”


Faktor Ketiga Yang Dapat Menyuburkan Kasih Sayang Ialah Dengan Adanya Hubungan Kejiranan Yang Baik.

Islam senantiasa menganjurkan supaya umatnya menjalin hubungan kasih sayang, silaturahim dan saling membantu antara satu sama lain. Kasih sayang itu bukan sekadar perlu dipupuk antara suami dan isteri, ibu bapa dan anak serta anak dan ibu bapa saja, tetapi silaturahim terhadap saudara yang lain termasuk jiran tetangga juga sangat digalakkan oleh Islam karena hasil dari ikatan kemesraan itu akan melahirkan kekuatan ummah yang padu. Adalah wajar amalan hormat-menghormati dan tolak ansur di antara jiran tetangga di tingkatkan kerana ianya boleh melahirkan kehidupan yang harmonis dan sekaligus dapat membangunkan intitusi keluarga masing-masing

Ini di jelas oleh Allah dalam surah An-nisa ayat ayat 36 Allah berfirman:

Maksudnya : ”Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlan kamu mempersekutukannya dengan suatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa dan kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jauh dan rakan sejawat dan orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sehaya yang kamu miliki sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”


Sebagai kesimpulannya marilah sama-sama kita menyuburkan budaya kasih sayang dalam kehidupan berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat, mudah-mudahan kita akan di rahmati Allah S.W.T.

APA PUNCA ANAK DERHAKA

Sabda Nabi S.A.W., "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)." Dimana tempat yang nak dipukul? tapak kakinya, bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif. Itu adalah salah.

Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak mudah menderhaka. Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya.

Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup". Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". Inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita.


Doa Anak-Anak Termakbul
 
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Saidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima.

Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


Bertaubat Sebelum Melarat

Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah.

Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar!. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."


Hubungan Dengan Bapa

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, Nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa". "Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua- duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka.

"Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."


Usah Derhaka Kepada Mentua

"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?" "Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu.

Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Pada suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah, isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. "Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. "Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. "Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain."


Apa Sumbangan Kita Terhadap Ibubapa

Ibu bapa merupakan orang yang wajib kita hormati dan taati. Perintah mentaati keduanya jelas termaktub di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Mengecilkan hati, melawan atau mengherdik keduanya dianggap sebagai derhaka. Menderhaka kepada ibubapa adalah satu dosa besar dan tidak akan mencium bau syurga; meskipun banyak beribadat kepada Allah. Allah tidak menerima ibadat orang yang derhaka kepada ibubapa.

Dalam satu hadith, Nabi Muhammad S.A.W. bersabda bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa. Ini bermakna jika ibubapa suka kepada kita, Allah turut meredhai kita. Sebaliknya jika mereka marah dan berkecil hati kepada kita, Allah turut murka kepada kita. Pernah seorang sahabat mengadu kepada Rasulullah tentang perangai ibunya yang suka meminta-minta kepadanya. Baginda marah dan menempelak sahabat itu dengan mengatakan bahawa bukan saja dalam harta malahan dalam dirinya sendiri ada hak kedua ibubapanya. Jelas ibubapa mempunyai hak terhadap apa saja yang ada pada kita.

Sejak kita di dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh sabar. Begitu juga setelah dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga kita dengan penuh kasih sayang. Jika kita sakit, ibu tidak lelap tidur. Mereka berkorban apa saja untuk kita. Tetapi setelah kita besar dan boleh berdikari, sanggupkah kita mengecewakan hatinya. Oleh kerana besarnya pengorbanan ibubapa terhadap kita, maka sewajarnyalah Allah mewajibkan kita mematuhi mereka.

Ganjaran di atas layanan kita terhadap ibu bapa dibalas oleh Allah secara tunai semasa di dunia lagi. Contohnya, jika kita mentaati mereka, anak-anak kita akan taat kepada kita. Sebaliknya jika kita menderhaka kepada mereka, anak-anak kita akan derhaka kepada kita pula. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda : "Barangsiapa semasa paginya mendapat keredhaan ibu bapa, nescaya dibukakan baginya semua pintu syurga. Sebaliknya jika semasa pagi lagi telah menyakiti hati ibubapa, nescaya akan dimasukkan ke dalam neraka." Kita sebenarnya tidak berdaya membalas jasa ibu dan bapa. Hakikat ini perlulah kita insafi. Jika mereka tidak wujud di dunia, kita juga tidak akan lahir di dunia ini.

Oleh sebab itu, kita digalakkan mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Jika mereka masih hidup, layanilah mereka dengan sebaik-baik mungkin. Tetapi jika sudah meninggal dunia, selalulah menziarahi tanah perkuburan di samping mendoakan kesejahteraannya. Buatlah sebarang kebajikan seperti sedekah dan niatkan pahala untuk arwah ibu dan bapa. Mereka akan menerima pahala tersebut. Inilah sahaja bukti ketaatan yang dapat kita tunjukkan terhadapnya. Akhirnya, ingatlah pesanan Nabi S.A.W. : "Khabarkanlah berita gembira ini kepada mereka yang berbuat baik kepada ibubapa; buatlah apa saja bahawasanya Allah Taala telah mengampuni mereka. Dan khabarkan berita buruk kepada mereka yang menderhakai ibubapa, buatlah seberapa banyak ibadat yang disukai, bahawasanya Allah Taala tidak akan memberikan keampunan sedikitpun kepadanya". "Ingatlah anak yang berbuat baik kepada ibubapa tidak akan masuk neraka. Dan anak yang derhaka kepada mereka tidak akan masuk syurga."

CIRI-CIRI LELAKI PILIHAN

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah suami yang paling baik terhadap isteri

Lelaki Pilihan Wanita
1. Bersifat pelindung dan bertanggungjawab
2. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
3. Berpendirian teguh
4. Bersikap terbuka dan matang
5. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
6. Mempunyai sifat kepemimpinan.
7. Boleh berbincang dan berterus terang
8. Penyabar
9. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
10. Cerdik dan bijaksana
11. Peramah dan mesra
12. Kerjaya yang terjamin
13. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Petua Menghadapi Pertengkaran
Tiada orang yang tak pernah bertengkar seumur hidup. Jarang kita temui sesebuah rumahtangga yang tak pernah bertengkar sama sekali semenjak hidup bersama kerana hidup yang tiada pertengkaran adalah hidup yang sendirian.

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran, meskipun ramai orang malu mengakuinya. Sebenarnya jika sebuah perkahwinan tanpa pertengkaran sama sekali membuktikan matinya emosi. Bukanlah bererti pertengkaran itu baik, namun pertengkaran juga mendatangkan kebaikan dan keburukan.

Jika terjadi pertengkaran kerana sesuatu yang tidak diingini berlaku dalam diri pasangan hidup. Tujuannya adalah agar sesuatu yang tidak baik itu hilang dari pasangannya, baik dalam bentuk peribadi maupun pekerjaannya.

Sebenarnya pertengkaran itu sebagai petanda awal dari sebuah perkahwinan. Di mana suami isteri mulai cuba untuk menyatukan selera, tujuan dan keperluan hidup mereka. Jika mereka takut berbincang kerana kuatir akan berlaku pertengkaran, akhirnya ia akan menimbulkan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

Jika suami isteri bertengkar secara kecil-kecil tidak membawa kepada pergaduhan, akhirnya mereka akan dapat mengatasi perselisihan dan kemudiannya mereka akan merasa lebih akrab.

Jika seorang suami merasa marah terhadap seseorang di tempat kerjanya, setelah pulang ke rumah, mungkin ia akan meluahkan rasa marahnya itu pada isterinya. Jika anda berpendapat suatu kemarahan harus diluahkan, maka anda akan meluahkan pada isteri anda. Pada hal dalam Islam, kita disuruh bersabar.

Jika pertengkaran tidak dapat dielakkan lagi kerana mungkin salah menyampaikan sesuatu ataupun pasangan kita tidak mahu menerima hakikat diri kita, maka usahakanlah agar pertengkaran itu tidak membawa bencara. Perhatikan keadaan persekitaran agar tiada pihak lain ikut sama atau menjadi tekanan perasaan.

Petua-Petua Menghadapi Pertengkaran
1. Jika terjadi pertengkaran, maka janganlah mencari kelemahan pasangan kita. Dan tidak wajar pertengkaran tersebut hanya ingin mencari kemenangan. Tetapi usahakanlah untuk menyelesaikan masalah secara bersama.

2. Jika pertengkaran itu menyangkut tentang satu topik, janganlah masalah-masalah lain dimasukkan sama kerana ia akan menjadikan suatu pertengkaran yang besar yang boleh membawa bencana.

3. Batasi kekasaran jika berlaku pertengkaran. Jangan bertindak menggunakan fizikal seperti memukul, melemparkan barang dan sebagainya. Cara ini tidak akan menyelesaikan masalah malah akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

4. Di dalam pertengkaran, gunakan bahasa yang sesuai agar pasangan tidak tertekan. Kata-kata yang menyakitkan hatinya seperti: "Ini semua salah kamu...!", "Engkau bodoh...!", " Engkau selalu melakukan kesalahan...!" dan sebagainya. Sebaliknya gunakanlah perkataan yang lembut seperti, "Hati saya luka kerana perbuatan itu...", "Kamu tak sedar, betapa hancurnya hati saya..." dan lain-lain.

5. Setelah bertengkar, jangan biasakan diri suka menyendiri, kemudian menjauhkan diri dari pasangan hidup. Jangan memisahkan diri kerana ia tiada nilainya sama sekali dalam perkahwinan. Bahkan ia merugikan hubungan suami isteri.

6. Jangan cuba menggunakan seks atau wang untuk membalas pertengkaran
kerana cara ini akan menyebabkan terjadinya pertengkaran yang lebih hebat.

7. Jangan membiarkan pihak ketiga ikut serta dalam pertengkaran keluarga. Kehadiaran pihak ketiga misalnya mertua, ipar, adik beradik hanya akan menambahkan kecurigaan dan mungkin menambah menyala api pertengkaran. Selesaikan secara baik antara suami dan isteri.

8. Jangan bertengkar di depan anak-anak kena ia akan menjadikan anak-anak bingung dan tertekan perasaan. Jika ini berlaku, akan wujud banyak lagi masalah lain.

Petua Memilih Wanita Idaman Atau Perempuan
Tidak semua orang dapat memilih pasangan hidupnya sesuai dengan keinginannya. Tetapi ramai juga yang pandai menyesuaikan diri dengan pasangannya walaupun tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya.

Calon-Calon Isteri Pilihan
1. Wanita yang solehah
2. Wanita yang boleh melahirkan anak
3. Wanita yang bukan keluarga terdekat
4. Wanita yang berakal.

Rabu, 16 November 2011

AROMATERAPI

Berikut ini adalah beberapa manfaat aromaterapi :
  • Citronella untuk mengurangi ketegangan, meredakan hidung tersumbat, mengatasi insomnia, dengkur dan migrain.
  • Eucalyptus (kayu putih) berguna melegakan pernafasan, meringankan masalah hidung sensitif, bronchitis, asma, batuk, demam dan flu.
  • Lavender agar mudahkan tidur, meredakan kegelisahan, mengatasi depresi, mengurangi perasaan ketegangan.
  • Teh hijau (green tea) untuk memperbaiki sistem peredaran darah, membantu mengeluarkan kahak dan membersihkan paru-paru. Juga memperlambat proses penuaan.
  • Sandalwood (cendana) bermanfaat untuk menghilangkan rasa panik dan aromanya sangat bermanfaat untuk meditasi.
  • Rose (bunga mawar) untuk menciptakan suasana romantis, memperbaiki metabolisme dan sistem peredaran darah, menyeimbangkan hormon, meringankan kepekaan kulit sensitif dan alahan.
  • Ylang-ylang (bunga kenanga) berguna meringankan tekanan darah tinggi.
  • Peppermint  yang menyegarkan, membangkitkan suasana, mengurangi sakit perut, ketegangan, dan menyembuhkan sakit kepala.
  • Chammomile untuk menenangkan dan mengurangkan stres serta menyenyakkan tidur.
  • Dandellion untuk mengubati sakit sendi,  hepatitis, penyaringan darah dan mengatasi masalah pencernaan. Juga efektif menyembuhkan sengatan lebah.
  • Thyme membantu pencegahan flu, demam, detoksifikasi racun dan mencegah infeksi, meredekan hidung tersumbat dan alergi sinus.
  • Lotus (bunga teratai) meningkatkan vitalitas, dan konsentrasi, mengurangi panas dalam, meningkatkan fungsi limpa dan ginjal.
  • Patchouli meningkatkan gairah dan semangat, meningkatkan sensualitas, memberi efek menenangkan, dan membuat tidur lebih nyenyak.
  • Basil untuk mengurangi sakit kepala dan migrain serta meningkatkan konsentrasi.
  • Green apple (apel hijau) dapat menyembuhkan mabuk, menguatkan sistem pencernaan, merelekskan fikiran, meringankan demam.
  • Black Pepper (merica hitam) memiliki aroma yang tajam namun berkhasiat mengurangi rasa sakit pada otot.
  • Lemon dapat mengurangi stres dan anti depresi, meningkatkan mood dan merelakskan fikiran serta memberi perasaan segar.
  • Vanilla dengan aroma lembut dan hangat mampu menenangkan fikiran.
  • Jasmine (bunga melati) untuk merangsang dan menciptakan suasana romantis.
  • Strawberry dapat meningkatkan selera makan, mengurangi penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan kanser.